PENDAHULUAN
Dalam sejarah menghimpun dan penulisan hadis mengalami perkembangan
yang agak lambat dan bertahap dibandingkan dengan perkembangan dan penulisan
al-Qur’an. Hal ini kerana al-Qur’an pada zaman Rasulullah SAW sudah ditulis
al-Quran itu walaupun sedikit, dan mulai dibukukan pada zaman Abu Bakar
khalifah pertama sekalipun penyempurnaannya dilakukan pada zaman khalifah Osman
bin Affan yang disebut dengan mushaf Osmani. Sedangkan penulisan hadis pada
masa Rasulullah SAW hannya secara umum kerana dilarang oleh baginda SAW.
Pembukuan hadis bermula pada abad ke 2 hijrah, pengumpulan dan penulisan hadis
mengalami proses pengembangan yang lambat, melibatkan banyak orang dari masa ke
masa dan menghadapi pelbagai masalah.
Keadaan hadis pada masa perkembangan sebelum pengumpulan dan
penulisan pernah mengalami masalah yang berliku di tengah masyarakat . Oleh kerana
itu, para ulama bangkit mengadakan kajian
hadis-hadis yang beredar dan meletakkan dasar kaedah-kaedah atau
peraturan-peraturan yang ketat bagi orang yang meriwayatkan hadis. Dr. M.
Syuhudi Isma’il menjelaskan perlunya penelitian hadis kerana hadis Nabi sebagai
salah satu sumber ajaran Islam. Tidak seluruh hadis ditulis ketika Nabi masih
hidup. Telah timbul pelbagai pemalsuan hadis, dan proses pembukuan hadis
memakan waktu yang lama.[1]
Dengan demikian, penyusunan hadis pada hakikatnya sama antara ahli
hadis yang lain kerana pola penyusunan hadis telah ditetapkan para ulama-ulama
terdahulu. Begitu juga dengan pola penyusunan hadis Imam Bukhari dan hadis Imam
Muslim, berdasarkan ilmu hadis yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu,
pada dasarnya pola penyusunan hadis kedua-dua imam tersebut iaitu Imam Bukhari
dan Imam Muslim adalah sama. Oleh kerana itu, pola penyusunan hadis Imam Muslim
banyak kepada pola penyusunan hadis Imam Bukhari, namun jika diteliti ada
perbezaan antara keduanya.
Sahih Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab yang paling sahih
setelah al-Qur’an. Melalui kedua-dua kitab ini, ilmu hadis menjadi lebih
tersebar kerana pengaruh kedua kitab sahih itu terhadap orang Islam terkemudian
ini. Kedua-dua kitab ini telah membuktikan adanya gerakan menghimpun dan
meriwayatkan hadis pada masa Imam Bukhari dan Imam Muslim, sehingga taraf kedua
kitab itu tidak dapat ditandingi oleh karya imam-imam hadis sesudahnya.[2]
Setelah melihat bentuk metod dan pola penyusunan kitab hadis yang
dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim, sebagai seorang muslim, banyak
memberikan kelebihan yang besar daripada kedua imam ini. Berkat jasa beliau
berdualah, hadis dapat terjaga terutama dari kalangan oreantalis yang selalu
mengkritik dan memandang rendah para ahli hadis termasuk salah satunya adalah
Imam Bukhari. Kitab Sahih Imam Bukhari banyak mendapat kritikan dari para oreantalis
yang berkaitan dengan metod dan pola punyusunan kitab tersebut.
Namun kedudukan kitab hadis Sahih Bukhari sehingga sekarang banyak
menjadi rujukan, sedangkan kitab hadis Sahih Muslim merupakan kitab hadis kedua
setelah kitab hadis Sahih Imam Bukhari. Walaupun ada perbezaan antara keduanya,
namun tidak ada perselisihan dan perpecahan antara ulama-ulama ahli hadis tentang
pola penyusunan kitab hadis kedua imaminit. Dengan demikian, dapat disimpulkan
bahawa dalam penulisan dan pola penyusunan kitab hadis, antara Imam Bukhari dan
Imam Muslim pada hakikatnya tidak ada perbezaan yang ketara, tetapi pada
bahagian-bahagian tertentu yang membezakan antara keduanya terutama perkara
utama kitab hadis yang ditulis.
Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli
hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud,
Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis,
hadis-hadis beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan
Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum mukmin dalam ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua
ulama di dunia merujuk kepadanya.
Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail
ibn Ibrahim ibn Mughirah al-Ja’fi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari
perawi dan ahli hadis yang terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama
al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat kelahirannya iaitu Bukhari.[3]
Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan,
Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21 Julai 810 M.
Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh. Tempat
beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat
kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah
itu pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu
Sina. Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan
lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah
jatuh di bawah kekuasaan Soviet Union.[4]
Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun
seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam
Bukhari merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis
hingga sekarang terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam
terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.
Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari
ilmu hadis adalah ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah,
Mekkah, Mesir, Damaskus dan Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih
dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih
atau yang terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari, disusun hasil dari menemui 1080
orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari perjalanan beliau tersebut, Imam
Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000 hadis, 300 000 hadis di
antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan 100 000
hadis yang sahih.[5]
Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam
Bukhari dikenali sebagai pengarang kitab
yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi
juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu
menjadi pegangan umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama
yang ijtihadnya terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai
autoriti tersendiri dalam pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran
dengan Imam Abu Hanifah iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi,
tetapi ada juga sedikit perbezaannya. Sehingga pola penyusunan dan pola
pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada satu mazhab saja, namun
beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama dalam penyusunan
kitab hadis tersebut.
Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid bin
Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan
beberapa murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid
lain, Bukhari tidak pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh
kerana membuang masa tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu
hari, kerana sering dicemuh, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan
mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan dalam kuliah dan ceramah tersebut.
Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000
hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.
Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam
Bukhari merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah
menunjukan kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih
dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian
secara ilmiah dan terperinci yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari kesahihan
hadis-hadis yang diriwayatkannya.
Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Kedudukan hadis dalam Islam sebagai
sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat bahawa dasar hukum Islam adalah
al-Qur’an dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam Bukhari telah memperoleh
penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah bersepakat bahawa Sahih
al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah al-Qur’an.[6]
Kitab Sahih Imam Bukhari diterima
oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa dan keistimewaan kitab Imam
Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:
1. Imam
al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu I’Ilal iaitu cacat yang
tersembunyi dalam hadis dan para tokoh
hadis seorang yang lebih mengetahui dari Al-Bukhari.[7]
2. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang
yang lebih mengetahui hadis Rasulullah SAW dan yang lebih hafalan daripada Muhammad
bin Ismail Al-Bukhari.[8]
3. Al-Hafizh
Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab
Allah.[9]
Di antara kelebihan daya ingatan dan
kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan
yang sengaja diajukan oleh 10 ulama Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan
dan intelektual Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab
oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama yang mengambil hadis dari Imam
Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi, Imam Muslim,
An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi, Manshur
bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31 Ogos
870 M pada hari jum’at malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia
62 tahun kurang 13 hari di Samarkand.[10]
Disamping cerdas, Imam Bukhari
termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak hafalannya, sehingga para ulama
menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang paling sahih setelah
al-Qur’an. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak berhenti mengkritik
Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadisnya.
Di antara kalangan dan tokoh
orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz Goldziher, seorang
orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi pelopor
pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam
bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz
Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama
Imam Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut
Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan
kurang menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod
kritik baru iaitu kritik matan saja.[11] Apabila
diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama terdahulu sudah
menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh Ignaz
Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama.
Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik,
sains, sosial dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari,
Imam Bukhari hanya melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan.
Sehingga setelah dilakukan kritik matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu
ternyata palsu.
Diantara para penulis moden atau
intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini adalah Profesor Ahmad Amin.
Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama hadis secara umum.
Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, “Kita melihat
sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam
Bukhari ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi
perkembangan zaman dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas
pada kritik sanad saja. Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang
yang tidak sahih, atau secara tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis
di mana Rasulullah SAW bersabda, “Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih
hidup diatas bumi ini”. Hadis ini oleh Ahmad Amin dinilai palsu, kerana
ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah SAW mengatakan hal itu masih
banyak orang yang hidup diatas bumi ini.
Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa
Yaqub dalam bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat
tidak ilmiah apabila ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu
palsu menurut penilaiannya, kerana bertentangan dengan al-Qur’an dan
bertentangan dengan hadis yang lain yang sedarjat kualitinya sebelum melihat
karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas masalah tersebut. Kejahilan seseorang
dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat dijadikan alasan untuk menilai bahawa
hadis tersebut palsu.[12]
Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa
dalam hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan
bertentangan dengan al-Qur’an, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam
berdasarkan kritikan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam
Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh
Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan sanad saja, beliau mengabaikan
pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.
Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis
antara Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan
pada kitab hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola
penyusunan kitab hadis yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan
pendekatan kepada sanad, sedangkan Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan
sanad dan matan. Akan tetapi bahawa Imam Muslim lebih mengutamakan kepada
pendekatan matan dibandingakan dengan gurunya Imam Bukhari.
[2] Prof. Dr. Muhammad Alawi al-Maliki. (2006). Ilmu Ushul Hadits. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hlm 270
[3] Prof. Dr. H. Endang Soetari Ad.(2008). Ilmu Hadits, Kajian Riwayat & Dirayah.
Bandung: CV. Mimbar Pustaka. hlm 28
[5] Prof. Dr. H. Endang Soetari Ad. (2008). Ilmu Hadits, Kajian Riwayah & Dirayah.
Bandung: CV. Mimbar Pustaka. hlm 281
[6] Prof. Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki.( 2006). Ilmu Ushul Hadits. Yogyakarta: Pustaka Pelajar..
hlm. 257
1 comment:
saya nak tanya,apa sumber sebenar bagi huraian orientalis yang mengkritik imam bukhari ni? bagi key note 11 dan 12.
Post a Comment