1.
Ijtihad
dan peranannya dalam pembinaan hukum
1.1.
Konsep
ijtihad
Pada bahasa ijtihad berasal daripada perkataan (jahada) yang
bermaksud “ mencurahkan segala kemampuan untuk memperolehi sesuatu daripada
sesuatu perkara”. Perkataan ini menunjukkan perlakuan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh
lebih dari biasa dilakukan. Secara ringkasnya, ijtihad bererti
bersungguh-sungguh atau bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu.[1]
Pengertian ijtihad pada istilah banyak terdapat dalam buku-buku
usul fiqh. Salah satu pengertiannya yang dikemukakan oleh ahli usul fiqh adalah
“pengerahan segenap kesanggupan seorang ahli fiqh atau mujtahid untuk memperoleh
pengetahuan tentang hukum-hakam syara’.”[2] Keadaan
ini menunjukkan bahawa fungsi sebenar ijtihad ialah untuk mengeluarkan hukum
syara’. Ijtihad tidak berlaku dalam bidang teologi dan akhlak. Ijtihad dalam
istilah usul fiqh inilah yang banyak dikenali maksudnya dalam masyarakat.[3]
Menurut Harun Nasution ijtihad juga digunakan dalam bidang selain hukum
Islam. Misalnya Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa ijtihad juga digunakan dalam
bidang tasawuf dan lain-lain. Beliau juga mengatakan bahawa sebenarnya kaum
sufi adalah mujtahid dalam masalah kepatuhan, sebagaimana mujtahid-mujtahid
lain.[4]
Dalam pandangan ulama’ usul, ijtihad tidak terdapat pada ilmu kalam
yang mempelajari ahkam syariat I’tiqadiyat, juga tidak pada tasawuf yang
membahas ahkam syariat khuluqiyyah. Ibrahim Hosen dalam hal ini memberi makna
dalam ruang lingkup fiqh sahaja. Dengan demikian, jika ada pendapat mengatakan
ijtihad secara istilah berlaku dalam ruang lingkup akidah atau akhlak, jelas
tidak dapat dibenarkan.[5]
1.2 Ijtihad
sebagai sumber hukum
Walaupun secara rasminya ijtihad diterima sebagai suatu sumber hukum
baru sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w, namun secara amalinya ijtihad telah
lahir lama sebelum itu. Pada zaman Rasulullah masih hidup lagi ijtihad telahpun
diamalkan oleh para sahabat bahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Banyak
riwayat-riwayat mengenai ijtihad-ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
sendiri ataupun sahabat sewaktu berada jauh daripada Rasulullah s.a.w.
Antara contoh ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah
dalam kes tawanan perang Badar. Dalam perang tersebut tentera-tentera Islam
telah menawan banyak tentera musyrikin.
Bagi mengambil langkah-langkah selanjutnya tehadap musuh yang ditawan itu
Rasulullah s.a.w berbincang dengan para sahabat baginda. Keputusan akhir telah
dibuat dengan menawarkan satu kaedah tebusan yang membolehkan mereka
dibebaskan. Keputusan itu kemudian ditegur oleh Allah didalam al-Quran yang
mensifatkan sebagai tidak sesuai dengan keadaan. Firman Allah:
$tB c%x. @cÓÉ<oYÏ9 br& tbqä3t ÿ¼ã&s! 3uó r& 4Ó®Lym ÆÏ÷Wã Îû ÇÚöF{$# 4
crßÌè? uÚttã $u÷R9$# ª!$#ur ßÌã notÅzFy$# 3
ª!$#ur îÍtã ÒOÅ3ym ÇÏÐÈ
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan
sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. kamu menghendaki
harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu
pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Anfal: 67)
Ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w boleh dilihat dalam
kes mereka yang menguzurkan diri dari menghadiri perang Tabuk. Persiapan untuk
perang Tabuk telah dibuat didalam keadaan perih di musim panas. Keadaan ini
telah menjadikan mereka yang lemah iman tidak berminat ditambah lagi terdapat
golongan munafik yang cuba mengelakkan diri. Golongan-golongan ini beserta
mereka yang benar-benar keuzuran meminta pengecualian daripada Rasulullah
s.a.w. Rasulullah s.a.w telah memberi kebenaran daripada hadir kepada semua
yang meminta pengecualian tanpa membuat penilitian. Tindakan yang kurang wajar
ini telah ditegur oleh Allah dengan Firmannya:
$xÿtã ª!$# Ztã zNÏ9 |MRÏr& óOßgs9 4Ó®Lym tû¨üt6tGt s9 úïÏ%©!$# (#qè%y|¹ zMn=÷ès?ur úüÎ/É»s3ø9$# ÇÍÌÈ
Allah memaafkanmu (Wahai Muhammad), mengapa Engkau izinkan mereka
(tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang Yang benar dan
(sebelum) Engkau mengetahui orang-orang Yang berdusta?
(Surah at-Taubah: 43)
Ternyata dari kes ini bahawa nabi Muhammad s.a.w telah melakukan
ijtihad.[6]
Ijtihad ini dilakukan bukan kerana apa tetapi kerana ketiadaan wahyu yang
menerangkan hukum yang dikehendaki. Biasanya apabila berlaku apa-apa kejadian
atau seuatu kes yang belum mempunyai hukum yang sebenar Rasulullah akan
menunggu wahyu daripada Allah yang akan turun dalam bentuk al-Quran ataupun dalam bentuk al-Hadis. Walaubagaimanapun kadang-kadang
wahyu yang ditunggu itu tidak turun sedangkan kes yang dihadapi memerlukan
penyelesaian segera. Untuk memenuhi keperluan itu Rasulullah s.a.w berijtihad
mencari penyelesaian sebelum turunnya wahyu.[7]
Dalam setiap kes apabila ijtihad seperti ini berlaku, wahyu akan
turun membenarkan atau membatalkan ijtihad yang dilakukan itu. Contoh yang
diberikan diatas jelas dalam hal ini. Jadinya ijtihad sehingga waktu itu
sahaja, belum merupakan sumber hukum yang sebenarnya kerana segala keputusannya
tertakluk kepada wahyu yang dalam setiap kes akan menentukan sama ada tepat
atau sebaliknya ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah itu. Oleh sebab itu
sejarah perundangan Islam mencatatkan bahawa pada zaman hidup Rasulullah,
sumber hukum Islam hanya dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah.[8]
Mengenai ijtihad yang dilakukan sahabat, banyak yang dilakukan oleh sahabat
terutamanya berlaku sewaktu sahabat berkenaan berada jauh daripada Rasulullah s.a.w dan menghadapi
kes-kes yang tidak diketahui hukumnya.
1.3 Metodologi para sahabat tentang
ijtihad
Didalam melaksanakan tugas ijtihad , para sahabat mempunyai
pandangan dan cara yang teratur. Apabila timbul sesuatu kes yang memerlukan hukum
mereka akan merujuk kepada al-Quran. Sekiranya terdapat nas yang jelas, mereka
terus menentukan hukum berkenaan tanpa merujuk kepada mana-mana sumber yang
lain lagi. Sekiranya nas tersebut sukar difahami atau mereka bertelingkah sesama
mereka didalam memahaminya mereka akan merujuk kepada nas-nas al-Quran yang
boleh membantu mereka memahaminya.[9]
Dalam kes tanah pertanian yang ditawan di Iraq dan Parsi. Para
sahabat telah bertelingkah mengenai cara pembahagiannya. Sebagai khalifah, Umar
tidak bersetuju dengan kaedah khumus
sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.
*
(#þqßJn=÷æ$#ur $yJ¯Rr& NçGôJÏYxî `ÏiB &äóÓx« ¨br'sù ¬! ¼çm|¡çHè~ ÉAqß§=Ï9ur Ï%Î!ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur ÇÆö/$#ur È@Î6¡¡9$#
Dan ketahuilah, Bahawa apa sahaja Yang kamu dapati sebagai harta
rampasan perang, maka Sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan)
Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir Yang keputusan),
(Surah al-Anfal: 41)
Pada pandangan Umar istilah harta ghanimah tidak termasuk
harta-harta tetap seperti tanah-tanah itu. Kalaulah tanah-tanah itu dibahagikan
mengikut kaedah ghanimah, negara akan kehilangan banyak sumber-sumber hasil
yang sepatutnya didapati daripada tanah-tanah tersebut dalam bentuk cukai yang
akan dibayar oleh tuan-tuan tanah berkenaan. Umar merasa perlu tanah-tanah itu
dibekukan untuk faedah generasi akan datang dan berfaedah untuk pertahanan.[10]
Para pejuang dan tentera Islam tidak bersetuju langkah yang diambil
Umar ini dan mereka beranggapan bercanggah dengan ketetapan berkenaan. Mereka
berbincang selama tiga malam. Pada hari ketiga Umar memberitahu mereka
sebenarnya ada ayat al-Quran yang menepati pendapat beliau yang tidak
memasukkan harta rampasan seperti itu dalam kaedah ghanimah seperti dalam ayat
diatas tetapi dalam kaedah Fai’ iaitu bentuk lain dari harta ghanimah. Firman
Allah:
!$tBur uä!$sùr& ª!$# 4n?tã ¾Ï&Î!qßu öNåk÷]ÏB !$yJsù óOçFøÿy_÷rr& Ïmøn=tã ô`ÏB 9@øyz wur 7U%x.Í £`Å3»s9ur ©!$# äÝÏk=|¡ç ¼ã&s#ßâ 4n?tã `tB âä!$t±o 4
ª!$#ur 4n?tã Èe@à2 &äóÓx« ÖÏs% ÇÏÈ !$¨B uä!$sùr& ª!$# 4n?tã ¾Ï&Î!qßu ô`ÏB È@÷dr& 3tà)ø9$# ¬Tsù ÉAqß§=Ï9ur Ï%Î!ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur Èûøó$#ur È@Î6¡¡9$# ös1 w tbqä3t P's!rß tû÷üt/ Ïä!$uÏYøîF{$# öNä3ZÏB 4
!$tBur ãNä39s?#uä ãAqß§9$# çnräãsù $tBur öNä39pktX çm÷Ytã (#qßgtFR$$sù 4
(#qà)¨?$#ur ©!$# (
¨bÎ) ©!$# ßÏx© É>$s)Ïèø9$# ÇÐÈ
Dan apajua Yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan
harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya),
kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun
(untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada
Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa Yang dikehendakiNya (dengan tidak payah
berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta
penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia
tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah),
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang
keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di
antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa
oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua
Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang Yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Hasyr: 6-7)
Apabila mendengar ayat ini para pejuang dan tentera Islam terus
sahaja menyetujui pandangan Umar ini.
1.4 Kepentingan ijtihad
Antara kepentingan ijtihad pada masa kini ialah bagi menjaga
keberkekalan syariat Islam dan keanjalannya sesuai pada setiap zaman dan
tempat. Allah s.w.t memfardhukan syariatnya sehingga hari kiamat dan menjadi
penutup kepada segala syariat-syariat yang terdahulu. Penurunan al-Quran dan
as-Sunnah Rasululullah s.a.w merupakan pembantu umat-umat manusia untuk
mendapatkan sumber rujukan yang tepat bagi mengatasi masalah yang timbul pada
setiap zaman.[11]
Ijtihad berperanan untuk memelihara keberkekalan syariat Islam dan
menjadikannya anjal untuk diaplikasikan
sepanjang zaman. Kekuatan utamanya ialah ia merupakan sumber dari ilahi.
Allah telah menyediakan wahyu ini sebagai suatu sumber panduan yang sempurna
tinggi dan syumul agar mampu menjadi pelengkap kepada kehidupan Islam yang
sebenar. Syariat ini dapat merialisasikan pelaksanaan ijtihad untuk kepentingan
umum dan khususnya tidak mengira masa, tempat, ataupun keadaan.[12]
Agama sebagai fitrah semulajadi manusia juga merupakan antara
kekuatan syariat Islam yang perlu dipatuhi. Ia juga mempunyai peranan besar
dalam mempengaruhi jiwa manusia untuk terus mengekalkan tradisi penghasilan
ijtihad dalam kehidupan bermasyarakat yang sentiasa mengalami perubahan.[13]
Selain itu kekuatan syariat Islam juga ialah pada syariat akal,
pemikiran, kebebasan, keadilan, persamaan, syura, sistem, peraturan, perasaan ,
bertanggungjawab, toleransi, mudah dan menolak sebarang kesukaran. Unsur-unsur
ini menjadi pendorong kepada pengeluaran ijtihad oleh para mujtahid selepas
dinilai dalam semua aspek termasuklah dalam maqasid syar’iyyah[14]
sebagaimana firman Allah:
ßÌã ª!$# ãNà6Î/ tó¡ãø9$# wur ßÌã ãNà6Î/ uô£ãèø9$#
(dengan
ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah: 185)
Islam menggalakkan penggunaan akal dan ijtihad dengan
memperbanyakkan kajian, pemerhatian, pemikiran, dan perancangan agar nikmat
akal itu digunakan sebaik-baiknya dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Penggunaan
akal juga merupakan bukti tentang perbezaan yang begitu ketara antara umat
Islam untuk terus mengaplikasi penggunannya sesuai dengan kehendak zaman.
[1]
Muhammad Musa Towana,(1972), al-Ijtihad: Maza Hajatina Ilaihi fi Haza al-Asr,
Dar al-Kutub al-Hadisah, hlm.97
[2]
Muhammad Khudri Bik,(1981), Usul al-Fiqh, Beirut: Dar al-Fikr, hlm. 367
[3]
Ali Yafie, (1998), Posisi Ijtihad Dalam Keutuhan Ajaran Islam, dalam
Haidar Bagir dan Syafiq Basri (editor) Ijtihad Dalam Sorotan, Bandung:
Mizan, , hlm. 68
[4]
Harun Nasution,(1998), Ijtihad Sumber Ketiga Ajaran Islam, dalam Haidar
Bagir dan Syafiq Basri (editor) Ijtihad Dalam Sorotan, Bandung: Mizan, hlm.
108-109
[5]
Jalaluddin Rahmat, Ijtihad, hlm.182
[6]
Muhammad Amin,(1991), Ijtihad Ibn Taimiyyah Dalam Bidang Fiqh Islam,
Jakarta: INIS, hlm. 45-48
[7]
Mahmood Zuhdi b Abdul Majid,(2004), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 78
[8] Muhammad
Amin,(1991), Ijtihad Ibn Taimiyyah Dalam Bidang Fiqh Islam, Jakarta:
INIS, hlm. 48
[9] Mahmood Zuhdi b Abdul Majid,(2004), Sejarah
Pembinaan Hukum Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 80
[10]
Abu Yusof,(1302H), al-Kharaj, Kahirah, hlm. 25-31
[11] Al-Zuhaili,
Wahbah, (2003), Ijtihad Baru Fiqh: Titik Tolak dan Alirannya, Johor:
Peniagaan Jahabersa
[12]
Ibid
[13]
ibid
[14] Al-Zuhaili,
Wahbah, (2003), Ijtihad Baru Fiqh: Titik Tolak dan Alirannya, Johor:
Peniagaan Jahabersa
No comments:
Post a Comment