Apabila generasi harapan kita ini terus menerus dalam keadaan kelalaian, hal ini akan menjadi ancaman dan bahaya yang sangat besar terhadap kehidupan masyarakat dan umat Islam.
Ada beberapa bentuk kelalaian hidup generasi muda. Kita semua telah termasuk orang yang telah mengabaikan dan kurang peduli dengan nasib mereka. Kita berharap, mudahan Allah sentiasa menyayangi kita serta berkenan untuk menerima taubat kita. Kita juga memohon kepada Allah agar menutup aib kita, memelihara, memberi petunjuk serta memberi pertolongan dan kekuatan kepada kita semua daripada kelalaian ini.
Kitalah yang sering melalaikan dan mengabaikan golongan ini. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap mereka. Maka kita perlu berstrategi untuk bersama-sama mereka kearah ketakwaan kepada Allah.
Kelalaian generasi muda:
1. Mengejek ulamak dan pendakwah
2. Menjauhi masjid dan pengajian
3. Berlebihan dalam bersukan
4. Tidak menghiraukan sukan yang dibenarkan mengikut peraturan yang dibenarkan syara’
5. Membuka aurat
6. Memanjangkan rambut secara berlebihan
7. Memanjangkan kuku
8. Suka berteriak dan mencela
9. Menjadi peminat fanatik
10. Tidak mahu berkahwin
11. Menjadikan non-muslim sebagai idola
12. Gila fesyen
13. Terpengaruh iklan
14. Menjadi pelanggan salon kecantikan
15. Merokok
16. Melancong ke luar Negara
17. Dadah
18. Tayangan video dan telivisyen
No comments:
Post a Comment