I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 17 April 2011

HINDARI MALAS DAN EMOSI

Punca utama yang mematikan daya berfikir ialah sifat malas. Rasulullah SAW amat membenci sifat ini dan ia bukan daripada Islam. Oleh sebab itu Rasulullah menganjurkan agar berdoa dengan doa yang sering kita baca didalam mathurat:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kerisauan dan kesedihan, aku juga berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas”
Sifat malas tidak membawa kita kemana-mana. Orang yang malas berfikir hannya menerima apa yang ia dapat dan menyampaikan ilmu yang diterima tanpa melakukukan proses berfikir. Idea-idea baru tidak dapat dihasilkan.
Unsur kedua  yang mematikan daya berfikir ialah emosi. Setiap hari topik perbincangan berkisarkan perkara harian, perasaan, hati, dan seumpamanya. Tiada topik yang boleh dianggap menggunakan minda untuk dibualkan.
Emosi dilayan dengan sesungguh-sungguhnya, hiburan diutamakan. Percakapan harian sentiasa diserikan dengan lawak jenaka, tidak menyentuh isu berat yang memberatkan minda. Bagaimana dengan bidang perundangan Islam, hukum semasa, sistem ekonomi dan politik Islam?. Wujudkah mereka yang benar-benar memikirkan untuk itu?.
Adakah kita mampu menghasilkan sesuatu yang baru tanpa proses berfikir secara berterusan?. Mulakan proses berfikir dengan membaca, mengkaji dan mengambil kesimpulan yang tepat. Hindarilah sifat malas dan emosi dalam berfikir.

No comments: