“Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita”
Kehidupan ciptaan Allah ini tidak terkecuali dari berhadapan dengan ujian dan cabaran. Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian terutamanya kepada orang yang beriman. Ujian Allah adalah untuk menilai tahap kesabaran manusia samada mereka bersabar atau sebaliknya. Setiap manusia pasti diuji dan manusia perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah agar tidak kehilangan punca.
Kita perlu mempunyai kekuatan dan tidak mudah putus asa. Ini memperlihatkan kemampuan kita bersabar ketika berhadapan dengan masalah dan kesukaran hidup serta yakin setiap ujian pasti ada hikmahnya. Surah Muhammad:31 bermaksud
“dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”
Ujian Allah adalah untuk mendidik kita agar hidup dengan taqwa dan beriman kepadanya serta boleh dinilai keimanan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana kesanggup bersabar dalam menghadapi ujian ini. Sebagai hamba. kita mesti terima ujian dengan sabar. Bagaimanapun, ramai yang kecundang apabila menghadapi ujian daripada Allah.
Apabila ditimpa kesusahan, kita semakin tercabar dan hilang sabar sehingga lupa segala yang berlaku adalah qudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar. Pengalaman dan pemerhatian yang dibuat ramai antara kita tidak sabar menempuh ujian dan cabaran dan tidak dapat menerima perubahan. Kita juga tidak sabar ditegur atau dikritik walaupun teguran itu untuk kebaikan dan kita juga tidak sabar apabila diuji dengan sedikit masalah seperti kesempitan wang, kerenah kawan-kawan dan sebagainya.
Kesabaran menghadapi ujian perlu menjadi tunjang hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita
“Membuka penulisan berkaitan dengan ujian seiring dengan ujian yang dihadapi. Semoga dengan penulisan ini menguatkan lagi diriku untuk lebih bersabar menempuh ujian yang mendatang”
No comments:
Post a Comment