I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 29 April 2011

KELALAIAN YANG MELENAKAN

Apabila generasi harapan kita ini terus menerus dalam keadaan kelalaian, hal ini akan menjadi ancaman dan bahaya yang sangat besar terhadap kehidupan masyarakat dan umat Islam.
Ada beberapa bentuk kelalaian hidup generasi muda. Kita semua telah termasuk orang yang telah mengabaikan dan kurang peduli dengan nasib mereka. Kita berharap, mudahan Allah sentiasa menyayangi kita serta berkenan untuk menerima taubat kita. Kita juga memohon kepada Allah agar menutup aib kita, memelihara, memberi petunjuk serta memberi pertolongan dan kekuatan kepada kita semua daripada kelalaian ini.
Kitalah yang sering melalaikan dan mengabaikan golongan ini. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap mereka. Maka kita perlu berstrategi untuk bersama-sama mereka kearah ketakwaan kepada Allah.
Kelalaian generasi muda:
1.      Mengejek ulamak dan pendakwah
2.      Menjauhi masjid dan pengajian
3.      Berlebihan dalam bersukan
4.     Tidak menghiraukan sukan yang dibenarkan mengikut peraturan yang dibenarkan syara’
5.      Membuka aurat
6.      Memanjangkan rambut secara berlebihan
7.      Memanjangkan kuku
8.      Suka berteriak dan mencela
9.      Menjadi peminat fanatik
10.  Tidak mahu berkahwin
11.  Menjadikan non-muslim sebagai idola
12.  Gila fesyen
13.  Terpengaruh iklan
14.  Menjadi pelanggan salon kecantikan
15.  Merokok
16.  Melancong ke luar Negara
17.  Dadah
18.  Tayangan video dan telivisyen

Monday, 25 April 2011

GURU MUSLIM CONTOH

Perkara yang pertama sekali diletakkan dalam fikiran guru muslim contoh ialah tentang peranan yang paling penting dimainkan oleh guru dalam menyediakan tenaga manusia dan bagaimana cara mendidiknya. Sebahagian guru hannya menyangka bahawa peranannya hannya memenuhkan ingatan murid-murid dengan maklumat dan apabila ramai penuntutnya berjaya dalam peperiksaan bagi mata pelajaran yang diajarkannya, maka ia telah dianggap sebagai guru berjaya. Ini merupakan kefahaman yang salah kerana peranan guru yang berjaya diukur ialah dari segi pendidikan, kemudian barulah pelajaran yang disampaikan.
1.      Guru hendaklah menjadi contoh yang praktikal dalam pegangannya dengan ajaran dan adab-adab Islam. Ia hendaklah memunaikan sembahyang pada waktunya bersama-sama anak murid bahkan hendaklah membantu mereka untuk memahami masalah agama, memuji akhlak yang baik dan tingkah laku yang baik dan menghapuskan akhlak yang keji.
2.     Seorang guru juga hendaklah menilai peluang besar yang telah diberikan kepadanya sebagai guru seperti ia menanam di kebun subur untuk melahirkan pendakwah. Generasi yang silih berganti itu dari kalangan pemuda  yang akan berusaha kearah dakwah tanpa mengikuti tunjuk ajarnya dengan penuh rasa penghormatan. Contoh kita adalah Rasulullah.
3.      Guru hendaklah mengadakan hubungan baik dan berkasih sayang dengan anak muridnya. Ini akan menolong kekesanan dan penerimaan segala arahannya. Hubungan ini boleh diwujudkan dengan mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan hubungan.
4.      Semasa menyampaikan pelajaran hendaklah dihubungkan dengan pencipta. Cara ini melahirkan perasaan menyucikan dan mengagungkan Allah dihati penuntut dan timbul rasa taat.
5.     Guru hendaklah bersedia menerima tugas di kawasan-kawasan pendalaman bagi tujuan menyampaikan dakwah.
6.      Harakah Islam hendaklah mengarahkan anak-anaknya untuk mengambil bidang-bidang yang diperlukan di dalam pendidikan dan pelajaran seperti bidang perguruan supaya bidang ini tidak diserahkah kepada golongan perosak akidah.

Wednesday, 20 April 2011

MENYERU KEPADA ISLAM


Kedudukan orang mukmin dalam kehidupan mereka diatas muka bumi ini dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Quran surah ali-Imran ayat 110 yang bermaksud
110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
Ayat ini Allah menyatakan ketinggian dan kemuliaan orang-orang mukmin beserta sifat-sifat yang menyebabkan mereka layak digelar ummah terbaik. Secara jelas ayat ini memperlihatkan usaha-usaha dakwah menyeru manusia supaya mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan adalah usaha yang sangat mulia bahkan Allah memerintahkan agar orang-orang mukmin bersatu dan mengembeleng tenaga untuk melaksanakan perintahnya itu. Surah ali-Imran ayat 104 bermaksud
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
Tuntutan dan suruhan sebegini sering kita dengan dan kita temui didalam al-Quran dimana Allah  SWT memperingatkan Rasulnya dan orang-orang mukmin supaya melazimkan diri sebagai orang yang sentiasa menyeru kepada memahami dan menghayati ajaran Islam. Surah al-Nahl ayat 125 bermaksud
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
Oleh kerana dakwah merupakan satu lapangan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam, ia memerlukan kefahaman dan persediaan dalam menyampaikan dakwah ini.

Tuesday, 19 April 2011

HILANGKAN TEKANAN

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada tekanan dan masalah samada semasa belajar ataupun bekerja. Daripada tekanan muncullah sebab musabab yang menyebabkan berlakunya tekanan itu.
Tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan gerak kerja banyak tak terlaksana. Tidak mustahil yang berhadapan tekanan ini sehingga menyebabkan pegaduhan dengan sahabat sendiri dan bagi yang dah berkahwin mungkin akan terbawa-bawa ke rumah.
Namun hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah dengan segala perlakuan dan perbuatan kita mestilah berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah serta niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan daripada Allah.
Antara amalan yang perlu dilakukan bukan hannya untuk menghilangkan tekanan sahaja tetapi sebagai amalan seharian kita yang dapat membantu menenangkan apabila ditimpa masalah dan tekan hidup ialah dengan berwudhu’, membaca al-Quran, solat sunat, berdoa, dan bersangka baik terhadap Allah serta amalan-amalan sunat lain. Lazimilah melakukan amalan sunat
Wallahu ta’ala a’lam.


Sunday, 17 April 2011

HINDARI MALAS DAN EMOSI

Punca utama yang mematikan daya berfikir ialah sifat malas. Rasulullah SAW amat membenci sifat ini dan ia bukan daripada Islam. Oleh sebab itu Rasulullah menganjurkan agar berdoa dengan doa yang sering kita baca didalam mathurat:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kerisauan dan kesedihan, aku juga berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas”
Sifat malas tidak membawa kita kemana-mana. Orang yang malas berfikir hannya menerima apa yang ia dapat dan menyampaikan ilmu yang diterima tanpa melakukukan proses berfikir. Idea-idea baru tidak dapat dihasilkan.
Unsur kedua  yang mematikan daya berfikir ialah emosi. Setiap hari topik perbincangan berkisarkan perkara harian, perasaan, hati, dan seumpamanya. Tiada topik yang boleh dianggap menggunakan minda untuk dibualkan.
Emosi dilayan dengan sesungguh-sungguhnya, hiburan diutamakan. Percakapan harian sentiasa diserikan dengan lawak jenaka, tidak menyentuh isu berat yang memberatkan minda. Bagaimana dengan bidang perundangan Islam, hukum semasa, sistem ekonomi dan politik Islam?. Wujudkah mereka yang benar-benar memikirkan untuk itu?.
Adakah kita mampu menghasilkan sesuatu yang baru tanpa proses berfikir secara berterusan?. Mulakan proses berfikir dengan membaca, mengkaji dan mengambil kesimpulan yang tepat. Hindarilah sifat malas dan emosi dalam berfikir.

Saturday, 16 April 2011

"SENARAI BUKU - BUKU HARAKI BAGI GERAKAN ISLAM KAMPUS"

1.0 Usrah : My Family
1.1 Usrah & Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin
1.2 Usrah & Dakwah : Hassan al – Banna
1.3 Teks Usrah : Idris Ahmad
1.4 Risalah Usrah : Abu Urwah
1.5 Adab – Adab Usrah : Ikhwan Muslimim
1.6 Tajuk – tajuk Asasi untuk Remaja yang Soleh : Teh Izanuri Jamaluddin
1.7 Fiqh Sirah 1 : Said Ramadhan al - Buti
2.0 Hakikat Tauhid
2.1 Pngertian Tauhid ( Hakikat Tauhid ) : Dr. Yusof Qardawi
2.2 Muqaddimah Aqidah Muslim : Tuan Guru Abd. Hadi Awang
2.3 Aqidah & Perjuangan : Fadzil Noor
2.4 Aqidah Islamiah :Sayyid Sabiq
2.5 Manhaj Hidup Muslim: Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
2.6 Tauhid dan Makna Syahadatain
2.7 40 Perkara yang Membatalkan Iman Menurut al – Quran & Sunnah : Dr. Hanafi Mohamed
2.8 Syahadatul Haq: Abu a’la al –Maududi
3.0 Islam sebagai cara hidup : Muslim 24 jam
3.1 Asas – asas Islam : Abu a’la al –Maududi
3.2 Dasar – Dasar Islam : Abu a’la al –Maududi
3.3 Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an dan Sunah : Dr. Yusof Qardawi
3.4 Masa Depan Islam : Dr. Abdullah Azzam
3.5 Konsep – konsep Umum Islam : Abu Urwah
3.6 Salah Faham Terhadap Islam : Syed Qutb
3.7 Beberapa studi Tentang Islam : Syed Qutb
3.8 Apa Ertinya Anda Seorang Muslim : Abu a’la al –Maududi
3.9 Apa Erti saya Menganut Agama Islam : Fathi Yakan
3.10 Cara Hidup Islam : Abu a’la al –Maududi
3.11 Islam dan Jahiliyah : Abu a’la al –Maududi
3.12 Islam Yang Mesti Difahami : Ali at-Thontowi
3.13 Islam : Fikrah, Harakah & Daulah : Tg Hj. Abd. Hadi Awang
3.14 Islam Kesejahteraan Untuk Seluruh Manusia : Syed Qutb
3.15 Bagaimana kita Menyeru kepada Islam : Fathi Yakan
4.0 Konsep Ibadah dalam Islam
4.1 Bimbingan Mukminin : Imam al – Ghazali
4.2 Ikhlas dalam Ibadah dan Perjuangan : Dr. Yusof Qardawi
5.0 Akhlak dalam Islam
5.1 Asas – asas akhlak bagi Harakah Islamiah : Abu a’la al –Maududi
5.2 Akhlak Dan Kaunseling Islam : Mohd Nasir Omar
5.3 Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan : Said Hawa
5.4 Keperibadian Muslim : Mohd Ali Hashimi
5.5 Adab Pergaulan Menurut Al – Quran & Sunnah : Dr. Rokiah Ahmad
6.0 Ukhuwah Persaudaraan Islam
6.1 Virus – virus Ukhuwah : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir
6.2 Ukhuwah Islamiah: Abdullah Nasih Ulwan.
7.0 Tasawur Tarbiyah
7.1 Tarbiyah Islam & Madrasah al – Banna : Dr. Yusof Qardawi
7.2 Risalah Ta’lim : Imam Hassan al – Banna
7.3 Manhaj Daurah Tadribiyah
8.0 Dakwah Islamiah
8.1 Islam dan Dakwah : Dr. Abd. Karim Zaidan
8.2 Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.3 Islam Dakwah yang syumul : Dr. Yusuf Qardawi
8.4 Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah : Ust. Fahrul Irfan Ishak
8.5 Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah : Mustafa Masyhur
8.6 Dakwah Fardiah : Mustafa Masyhur
8.7 Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah : Fathi Yakan
8.8 Fiqh Dakwah Dalam al – Quran : Muhammad hanif Hassan
8.9 Bahtera Penyelamat : Fathi Yakan
8.10 Golongan yang tercicir di Jalan Dakwah : Fathi Yakan
8.11 Beberapa Peringatan untuk Para Daie : Fathi Yakan
8.12 Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim : Mohammad Nizam Abd. Kadir
8.13 Bagaimana Menyentuh Hati : Abbas as - Siisi
9.0 Amar makruf Nahi Mungkar
9.1 Iman dan Harakah ( Ghulam Dakwah ) : Hisyam Soqr
10.0 Amal Jamaie dan amal Ijtimaie
10.1 Amal Jamai Gerakan Bersama : Mustafa Masyhur
10.2 Amal Jamaie : Pengertian & Tuntutan : Yahya Othman
11.0 Pengenalan Jamaah Islamiah
11.1 Tasawur Asasi Gerakan Islam : Fathi Yakan
11.2 Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami : Said Hawa
11.3 Keutamaan Harakah Islamiah dalam Menghadapi Cabaran Mendatang : Dr. Yusof Qardawi