I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 14 May 2012

METODOLOGI DAN KEISTEMEWAAN PENULISAN HADIS SAHIH IMAM BUKHARI


PENDAHULUAN

Dalam sejarah menghimpun dan penulisan hadis mengalami perkembangan yang agak lambat dan bertahap dibandingkan dengan perkembangan dan penulisan al-Qur’an. Hal ini kerana al-Qur’an pada zaman Rasulullah SAW sudah ditulis al-Quran itu walaupun sedikit, dan mulai dibukukan pada zaman Abu Bakar khalifah pertama sekalipun penyempurnaannya dilakukan pada zaman khalifah Osman bin Affan yang disebut dengan mushaf Osmani. Sedangkan penulisan hadis pada masa Rasulullah SAW hannya secara umum kerana dilarang oleh baginda SAW. Pembukuan hadis bermula pada abad ke 2 hijrah, pengumpulan dan penulisan hadis mengalami proses pengembangan yang lambat, melibatkan banyak orang dari masa ke masa dan menghadapi pelbagai masalah.

Keadaan hadis pada masa perkembangan sebelum pengumpulan dan penulisan pernah mengalami masalah yang berliku di tengah masyarakat . Oleh kerana itu, para ulama bangkit mengadakan kajian  hadis-hadis yang beredar dan meletakkan dasar kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang ketat bagi orang yang meriwayatkan hadis. Dr. M. Syuhudi Isma’il menjelaskan perlunya penelitian hadis kerana hadis Nabi sebagai salah satu sumber ajaran Islam. Tidak seluruh hadis ditulis ketika Nabi masih hidup. Telah timbul pelbagai pemalsuan hadis, dan proses pembukuan hadis memakan waktu yang lama.[1]

Dengan demikian, penyusunan hadis pada hakikatnya sama antara ahli hadis yang lain kerana pola penyusunan hadis telah ditetapkan para ulama-ulama terdahulu. Begitu juga dengan pola penyusunan hadis Imam Bukhari dan hadis Imam Muslim, berdasarkan ilmu hadis yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu, pada dasarnya pola penyusunan hadis kedua-dua imam tersebut iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah sama. Oleh kerana itu, pola penyusunan hadis Imam Muslim banyak kepada pola penyusunan hadis Imam Bukhari, namun jika diteliti ada perbezaan antara keduanya.

Sahih Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab yang paling sahih setelah al-Qur’an. Melalui kedua-dua kitab ini, ilmu hadis menjadi lebih tersebar kerana pengaruh kedua kitab sahih itu terhadap orang Islam terkemudian ini. Kedua-dua kitab ini telah membuktikan adanya gerakan menghimpun dan meriwayatkan hadis pada masa Imam Bukhari dan Imam Muslim, sehingga taraf kedua kitab itu tidak dapat ditandingi oleh karya imam-imam hadis sesudahnya.[2]

Setelah melihat bentuk metod dan pola penyusunan kitab hadis yang dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim, sebagai seorang muslim, banyak memberikan kelebihan yang besar daripada kedua imam ini. Berkat jasa beliau berdualah, hadis dapat terjaga terutama dari kalangan oreantalis yang selalu mengkritik dan memandang rendah para ahli hadis termasuk salah satunya adalah Imam Bukhari. Kitab Sahih Imam Bukhari banyak mendapat kritikan dari para oreantalis yang berkaitan dengan metod dan pola punyusunan kitab tersebut.

Namun kedudukan kitab hadis Sahih Bukhari sehingga sekarang banyak menjadi rujukan, sedangkan kitab hadis Sahih Muslim merupakan kitab hadis kedua setelah kitab hadis Sahih Imam Bukhari. Walaupun ada perbezaan antara keduanya, namun tidak ada perselisihan dan perpecahan antara ulama-ulama ahli hadis tentang pola penyusunan kitab hadis kedua imaminit. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa dalam penulisan dan pola penyusunan kitab hadis, antara Imam Bukhari dan Imam Muslim pada hakikatnya tidak ada perbezaan yang ketara, tetapi pada bahagian-bahagian tertentu yang membezakan antara keduanya terutama perkara utama kitab hadis yang ditulis.

Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum mukmin dalam  ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.

Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah al-Ja’fi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat kelahirannya iaitu Bukhari.[3] Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21 Julai 810 M. Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh. Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan  Soviet Union.[4] Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam Bukhari merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.

Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari ilmu hadis adalah ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari perjalanan beliau tersebut, Imam Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000 hadis, 300 000 hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan 100 000 hadis yang sahih.[5]

Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari  dikenali sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama yang ijtihadnya terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu Hanifah iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi ada juga sedikit perbezaannya. Sehingga pola penyusunan dan pola pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada satu mazhab saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama dalam penyusunan kitab hadis tersebut.

Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang  tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh kerana membuang masa tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan  dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam Bukhari merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah menunjukan kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau  berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari kesahihan hadis-hadis yang diriwayatkannya.

Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Kedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat bahawa dasar hukum Islam adalah al-Qur’an dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam Bukhari telah memperoleh penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah al-Qur’an.[6]

Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa dan keistimewaan kitab Imam Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:

1. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu I’Ilal iaitu cacat yang tersembunyi  dalam hadis dan para tokoh hadis seorang yang lebih mengetahui dari Al-Bukhari.[7]
2. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis Rasulullah SAW dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari.[8]
3. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab Allah.[9]

Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja diajukan oleh 10 ulama Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan dan intelektual Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama yang mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi, Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi, Manshur bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31 Ogos 870 M pada hari jum’at malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari di Samarkand.[10]

Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak hafalannya, sehingga para ulama menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang paling sahih setelah al-Qur’an. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab hadisnya.

Di antara kalangan dan tokoh orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz Goldziher, seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan kurang menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu kritik matan saja.[11] Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama. Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari, Imam Bukhari hanya melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu ternyata palsu.

Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama hadis secara umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, “Kita melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam Bukhari ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad saja. Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang tidak sahih, atau secara tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, “Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih hidup diatas bumi ini”. Hadis ini oleh Ahmad Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah SAW mengatakan hal itu masih banyak orang yang hidup diatas bumi ini.

Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut penilaiannya, kerana bertentangan dengan al-Qur’an dan bertentangan dengan hadis yang lain yang sedarjat kualitinya sebelum melihat karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas masalah tersebut. Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.[12]

Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa dalam hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan al-Qur’an, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan sanad saja, beliau mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.

Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis antara Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan pada kitab hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad, sedangkan Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan matan. Akan tetapi bahawa Imam Muslim lebih mengutamakan kepada pendekatan matan dibandingakan dengan gurunya Imam Bukhari.


[1] Dr. H. Abdul Majid Khon. ( 2008). Ulumul Hadits. Jakarta: Amzah. hlm 67-68
[2] Prof. Dr. Muhammad Alawi al-Maliki. (2006).  Ilmu Ushul Hadits.  Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hlm 270
[3] Prof. Dr. H. Endang Soetari Ad.(2008).  Ilmu Hadits, Kajian Riwayat & Dirayah. Bandung: CV. Mimbar Pustaka. hlm 28
[4] http://webcache.gooleusercontent.kumpulanhadits shahih-bukhari/sejarah-singkat-imam-bukhari
[5] Prof. Dr. H. Endang Soetari Ad. (2008).  Ilmu Hadits, Kajian Riwayah & Dirayah. Bandung: CV. Mimbar Pustaka. hlm 281
[6] Prof. Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki.( 2006).  Ilmu Ushul Hadits. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.. hlm. 257
[7] Dr. H. Abdul Majid Khon.( 2008). Ulumul Hadits. Jakarta: Amzam. hlm. 259
[8] Ibid, hlm. 259
[9] Ibid, hlm. 259
[10] Dr. H. Abdul Majid Khon.( 2008). Ulumul Hadits. Jakarta: Amzah. hlm 67-68
[11] http://webcache.kumpulanhadits/shahihbukhari/sejarahsingkatimambukhari
[12] http://kumpulanhadits/shahihbukhari/sejarahsingkatimambukhari

Thursday, 10 May 2012

IJTIHAD


1.      Ijtihad dan peranannya dalam pembinaan hukum

1.1.   Konsep ijtihad
Pada bahasa ijtihad berasal daripada perkataan (jahada) yang bermaksud “ mencurahkan segala kemampuan untuk memperolehi sesuatu daripada sesuatu perkara”. Perkataan ini menunjukkan perlakuan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh lebih dari biasa dilakukan. Secara ringkasnya, ijtihad bererti bersungguh-sungguh atau bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu.[1]

Pengertian ijtihad pada istilah banyak terdapat dalam buku-buku usul fiqh. Salah satu pengertiannya yang dikemukakan oleh ahli usul fiqh adalah “pengerahan segenap kesanggupan seorang ahli fiqh atau mujtahid untuk memperoleh pengetahuan tentang hukum-hakam syara’.”[2] Keadaan ini menunjukkan bahawa fungsi sebenar ijtihad ialah untuk mengeluarkan hukum syara’. Ijtihad tidak berlaku dalam bidang teologi dan akhlak. Ijtihad dalam istilah usul fiqh inilah yang banyak dikenali maksudnya dalam masyarakat.[3]

Menurut Harun Nasution ijtihad juga digunakan dalam bidang selain hukum Islam. Misalnya Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa ijtihad juga digunakan dalam bidang tasawuf dan lain-lain. Beliau juga mengatakan bahawa sebenarnya kaum sufi adalah mujtahid dalam masalah kepatuhan, sebagaimana mujtahid-mujtahid lain.[4]

Dalam pandangan ulama’ usul, ijtihad tidak terdapat pada ilmu kalam yang mempelajari ahkam syariat I’tiqadiyat, juga tidak pada tasawuf yang membahas ahkam syariat khuluqiyyah. Ibrahim Hosen dalam hal ini memberi makna dalam ruang lingkup fiqh sahaja. Dengan demikian, jika ada pendapat mengatakan ijtihad secara istilah berlaku dalam ruang lingkup akidah atau akhlak, jelas tidak dapat dibenarkan.[5]

      1.2       Ijtihad sebagai sumber hukum
Walaupun secara rasminya ijtihad diterima sebagai suatu sumber hukum baru sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w, namun secara amalinya ijtihad telah lahir lama sebelum itu. Pada zaman Rasulullah masih hidup lagi ijtihad telahpun diamalkan oleh para sahabat bahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Banyak riwayat-riwayat mengenai ijtihad-ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ataupun sahabat sewaktu berada jauh daripada Rasulullah s.a.w.

Antara contoh ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah dalam kes tawanan perang Badar. Dalam perang tersebut tentera-tentera Islam telah menawan  banyak tentera musyrikin. Bagi mengambil langkah-langkah selanjutnya tehadap musuh yang ditawan itu Rasulullah s.a.w berbincang dengan para sahabat baginda. Keputusan akhir telah dibuat dengan menawarkan satu kaedah tebusan yang membolehkan mereka dibebaskan. Keputusan itu kemudian ditegur oleh Allah didalam al-Quran yang mensifatkan sebagai tidak sesuai dengan keadaan. Firman Allah:

$tB šc%x. @cÓÉ<oYÏ9 br& tbqä3tƒ ÿ¼ã&s! 3uŽó r& 4Ó®Lym šÆÏ÷WムÎû ÇÚöF{$# 4 šcr߃̍è? uÚttã $u÷R9$# ª!$#ur ߃̍ムnotÅzFy$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÏÐÈ  
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Anfal: 67)

Ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w boleh dilihat dalam kes mereka yang menguzurkan diri dari menghadiri perang Tabuk. Persiapan untuk perang Tabuk telah dibuat didalam keadaan perih di musim panas. Keadaan ini telah menjadikan mereka yang lemah iman tidak berminat ditambah lagi terdapat golongan munafik yang cuba mengelakkan diri. Golongan-golongan ini beserta mereka yang benar-benar keuzuran meminta pengecualian daripada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah memberi kebenaran daripada hadir kepada semua yang meminta pengecualian tanpa membuat penilitian. Tindakan yang kurang wajar ini telah ditegur oleh Allah dengan Firmannya:

$xÿtã ª!$# šZtã zNÏ9 |MRÏŒr& óOßgs9 4Ó®Lym tû¨üt6tGtƒ šs9 šúïÏ%©!$# (#qè%y|¹ zMn=÷ès?ur šúüÎ/É»s3ø9$# ÇÍÌÈ  
Allah memaafkanmu (Wahai Muhammad), mengapa Engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang Yang benar dan (sebelum) Engkau mengetahui orang-orang Yang berdusta?
(Surah at-Taubah: 43)

Ternyata dari kes ini bahawa nabi Muhammad s.a.w telah melakukan ijtihad.[6] Ijtihad ini dilakukan bukan kerana apa tetapi kerana ketiadaan wahyu yang menerangkan hukum yang dikehendaki. Biasanya apabila berlaku apa-apa kejadian atau seuatu kes yang belum mempunyai hukum yang sebenar Rasulullah akan menunggu wahyu daripada Allah yang akan turun dalam bentuk al-Quran  ataupun dalam bentuk  al-Hadis. Walaubagaimanapun kadang-kadang wahyu yang ditunggu itu tidak turun sedangkan kes yang dihadapi memerlukan penyelesaian segera. Untuk memenuhi keperluan itu Rasulullah s.a.w berijtihad mencari penyelesaian sebelum turunnya wahyu.[7]

Dalam setiap kes apabila ijtihad seperti ini berlaku, wahyu akan turun membenarkan atau membatalkan ijtihad yang dilakukan itu. Contoh yang diberikan diatas jelas dalam hal ini. Jadinya ijtihad sehingga waktu itu sahaja, belum merupakan sumber hukum yang sebenarnya kerana segala keputusannya tertakluk kepada wahyu yang dalam setiap kes akan menentukan sama ada tepat atau sebaliknya ijtihad yang dilakukan oleh Rasulullah itu. Oleh sebab itu sejarah perundangan Islam mencatatkan bahawa pada zaman hidup Rasulullah, sumber hukum Islam hanya dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah.[8] Mengenai ijtihad yang dilakukan sahabat, banyak yang dilakukan oleh sahabat terutamanya berlaku sewaktu sahabat berkenaan berada  jauh daripada Rasulullah s.a.w dan menghadapi kes-kes yang tidak diketahui hukumnya.

1.3           Metodologi para sahabat tentang ijtihad
Didalam melaksanakan tugas ijtihad , para sahabat mempunyai pandangan dan cara yang teratur. Apabila timbul sesuatu kes yang memerlukan hukum mereka akan merujuk kepada al-Quran. Sekiranya terdapat nas yang jelas, mereka terus menentukan hukum berkenaan tanpa merujuk kepada mana-mana sumber yang lain lagi. Sekiranya nas tersebut sukar difahami atau mereka bertelingkah sesama mereka didalam memahaminya mereka akan merujuk kepada nas-nas al-Quran yang boleh membantu mereka memahaminya.[9]

Dalam kes tanah pertanian yang ditawan di Iraq dan Parsi. Para sahabat telah bertelingkah mengenai cara pembahagiannya. Sebagai khalifah, Umar tidak bersetuju dengan kaedah khumus  sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.

* (#þqßJn=÷æ$#ur $yJ¯Rr& NçGôJÏYxî `ÏiB &äóÓx« ¨br'sù ¬! ¼çm|¡çHè~ ÉAqß§=Ï9ur Ï%Î!ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur ÇÆö/$#ur È@Î6¡¡9$# 
Dan ketahuilah, Bahawa apa sahaja Yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka Sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir Yang keputusan),
(Surah al-Anfal: 41)

Pada pandangan Umar istilah harta ghanimah tidak termasuk harta-harta tetap seperti tanah-tanah itu. Kalaulah tanah-tanah itu dibahagikan mengikut kaedah ghanimah, negara akan kehilangan banyak sumber-sumber hasil yang sepatutnya didapati daripada tanah-tanah tersebut dalam bentuk cukai yang akan dibayar oleh tuan-tuan tanah berkenaan. Umar merasa perlu tanah-tanah itu dibekukan untuk faedah generasi akan datang dan berfaedah untuk pertahanan.[10]

Para pejuang dan tentera Islam tidak bersetuju langkah yang diambil Umar ini dan mereka beranggapan bercanggah dengan ketetapan berkenaan. Mereka berbincang selama tiga malam. Pada hari ketiga Umar memberitahu mereka sebenarnya ada ayat al-Quran yang menepati pendapat beliau yang tidak memasukkan harta rampasan seperti itu dalam kaedah ghanimah seperti dalam ayat diatas tetapi dalam kaedah Fai’ iaitu bentuk lain dari harta ghanimah. Firman Allah:

!$tBur uä!$sùr& ª!$# 4n?tã ¾Ï&Î!qßu öNåk÷]ÏB !$yJsù óOçFøÿy_÷rr& Ïmøn=tã ô`ÏB 9@øyz Ÿwur 7U%x.Í £`Å3»s9ur ©!$# äÝÏk=|¡ç ¼ã&s#ßâ 4n?tã `tB âä!$t±o 4 ª!$#ur 4n?tã Èe@à2 &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇÏÈ   !$¨B uä!$sùr& ª!$# 4n?tã ¾Ï&Î!qßu ô`ÏB È@÷dr& 3tà)ø9$# ¬Tsù ÉAqß§=Ï9ur Ï%Î!ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur Èûøó$#ur È@Î6¡¡9$# ös1 Ÿw tbqä3tƒ P's!rߊ tû÷üt/ Ïä!$uŠÏYøîF{$# öNä3ZÏB 4 !$tBur ãNä39s?#uä ãAqß§9$# çnräãsù $tBur öNä39pktX çm÷Ytã (#qßgtFR$$sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ( ¨bÎ) ©!$# ߃Ïx© É>$s)Ïèø9$# ÇÐÈ  
Dan apajua Yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa Yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Hasyr: 6-7)

Apabila mendengar ayat ini para pejuang dan tentera Islam terus sahaja menyetujui pandangan Umar ini.

            1.4       Kepentingan ijtihad
Antara kepentingan ijtihad pada masa kini ialah bagi menjaga keberkekalan syariat Islam dan keanjalannya sesuai pada setiap zaman dan tempat. Allah s.w.t memfardhukan syariatnya sehingga hari kiamat dan menjadi penutup kepada segala syariat-syariat yang terdahulu. Penurunan al-Quran dan as-Sunnah Rasululullah s.a.w merupakan pembantu umat-umat manusia untuk mendapatkan sumber rujukan yang tepat bagi mengatasi masalah yang timbul pada setiap zaman.[11]

Ijtihad berperanan untuk memelihara keberkekalan syariat Islam dan menjadikannya anjal untuk diaplikasikan  sepanjang zaman. Kekuatan utamanya ialah ia merupakan sumber dari ilahi. Allah telah menyediakan wahyu ini sebagai suatu sumber panduan yang sempurna tinggi dan syumul agar mampu menjadi pelengkap kepada kehidupan Islam yang sebenar. Syariat ini dapat merialisasikan pelaksanaan ijtihad untuk kepentingan umum dan khususnya tidak mengira masa, tempat, ataupun keadaan.[12]

Agama sebagai fitrah semulajadi manusia juga merupakan antara kekuatan syariat Islam yang perlu dipatuhi. Ia juga mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi jiwa manusia untuk terus mengekalkan tradisi penghasilan ijtihad dalam kehidupan bermasyarakat yang sentiasa mengalami perubahan.[13]

Selain itu kekuatan syariat Islam juga ialah pada syariat akal, pemikiran, kebebasan, keadilan, persamaan, syura, sistem, peraturan, perasaan , bertanggungjawab, toleransi, mudah dan menolak sebarang kesukaran. Unsur-unsur ini menjadi pendorong kepada pengeluaran ijtihad oleh para mujtahid selepas dinilai dalam semua aspek termasuklah dalam maqasid syar’iyyah[14] sebagaimana firman Allah:

 ßƒÌãƒ ª!$# ãNà6Î/ tó¡ãŠø9$# Ÿwur ߃̍ムãNà6Î/ uŽô£ãèø9$#
(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah: 185)

Islam menggalakkan penggunaan akal dan ijtihad dengan memperbanyakkan kajian, pemerhatian, pemikiran, dan perancangan agar nikmat akal itu digunakan sebaik-baiknya dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Penggunaan akal juga merupakan bukti tentang perbezaan yang begitu ketara antara umat Islam untuk terus mengaplikasi penggunannya sesuai dengan kehendak zaman.

 (Tulisan ini adalah salah satu tugasan syariah dan kehidupan sem 6)


[1] Muhammad Musa Towana,(1972), al-Ijtihad: Maza Hajatina Ilaihi fi Haza al-Asr, Dar al-Kutub al-Hadisah, hlm.97
[2] Muhammad Khudri Bik,(1981), Usul al-Fiqh, Beirut: Dar al-Fikr, hlm. 367
[3] Ali Yafie, (1998), Posisi Ijtihad Dalam Keutuhan Ajaran Islam, dalam Haidar Bagir dan Syafiq Basri (editor) Ijtihad Dalam Sorotan, Bandung: Mizan, , hlm. 68
[4] Harun Nasution,(1998), Ijtihad Sumber Ketiga Ajaran Islam, dalam Haidar Bagir dan Syafiq Basri (editor) Ijtihad Dalam Sorotan, Bandung: Mizan, hlm. 108-109
[5] Jalaluddin Rahmat, Ijtihad, hlm.182
[6] Muhammad Amin,(1991), Ijtihad Ibn Taimiyyah Dalam Bidang Fiqh Islam, Jakarta: INIS, hlm. 45-48
[7] Mahmood Zuhdi b Abdul Majid,(2004), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 78
[8] Muhammad Amin,(1991), Ijtihad Ibn Taimiyyah Dalam Bidang Fiqh Islam, Jakarta: INIS, hlm. 48
[9]   Mahmood Zuhdi b Abdul Majid,(2004), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 80
[10] Abu Yusof,(1302H), al-Kharaj, Kahirah, hlm. 25-31
[11] Al-Zuhaili, Wahbah, (2003), Ijtihad Baru Fiqh: Titik Tolak dan Alirannya, Johor: Peniagaan Jahabersa
[12] Ibid
[13] ibid
[14] Al-Zuhaili, Wahbah, (2003), Ijtihad Baru Fiqh: Titik Tolak dan Alirannya, Johor: Peniagaan Jahabersa