Alhamdulillah, masih diberi
kesempatan untuk menyiapkan tulisan ringkas ini yang bertajuk kerajaan Islam
yang disebut Imam Hasan al-Banna didalam kitab risalah ta’lim.Selawat dan salam
keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Kewajipan kepada setiap penduduk negeri
Islam ialah mengakkan Islam dalam negeri. Ini adalah merupakan kewajipan Islamiah
keatas setiap penduduk negeri berkenaan. Dengan sebab itu melakukan jihad dalam
setiap negeri yang bertujuan untuk menegakkan kerajaan Islam. Itu adalah
merupakan suatu kewajipan dan beramal untuk mencapainya adalah merupakan
kewajipan syara’ yang diwajibkan keatas setiap muslim lelaki dan perempuan.
Sesungguhnya Allah telah memfardhukan keatas semua orang Islam untuk menegakkan
syariatnya dengan firmannya yan bermaksud:
“Wahai orang-orang Yang
beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang
seimbang)” (al-Baqarah: 178)
Firmannya yang bermaksud:
“Ini ialah satu
"surah" Yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta
Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan Yang nyata supaya kamu beringat
(mengamalkannya).” (an-Nur:1)
Semua ayat-ayat ini menunjukkan
orang-orang Islam berkewajipan menegakkan syariat Allah. Menegakkan syariat
Allah tidak boleh dilaksanakan tanpa wujudnya kerajaan Islam di setiap negeri
yang menjalankan hukum Allah. Menurut kaedah “setiap sesuatu yang tidak
sempurna wajibnya,kecualinya,, maka ia adalah wajib”. Selagi mana kewajipan itu
tidak tertegak, maka selama itulah tiap-tiap orang Islam, lelaki dan perempuan
berkewajipan berusaha untuk mencapainya.
Imam Hassan al-Banna telah meletakkan sifat
kerajaan Islam dengan katanya “ kerajaan Islam itu ialah kerajaan dimana
anggotanya adalah Islam, mereka menunaikan kewajipan-kewajipan Islam, mereka
tidak terang-terang melakukan maksiat, kerajaan itu melaksanakan hukum Islam
dan ajaran-ajarannya.”
Tidak kira bentuk kerajaan itu
selagi ia bersesuaian dengan kaedah-kaedah umum dalam system pemerintahan Islam.
Antara sifatnya ialah, ia bertanggungjawab mengasihi rakyat, adil antara manusia,
berhati-hati dalam berekonomi untuk membelanjakan harta awam.
Antara kewajipannya ialah menjaga
keamanan, melaksanakan undang-undang, mengembang pelajaran, menyediakan
kekuatan pertahanan, menjaga kesihatan, menjaga kepentingan-kepentingan umum,
mengembangkan harta, menjaga harta, memperkuatkan akhlak dan menyebarkan
dakwah.
Objektif untuk menegakkan
kerajaan Islam memerlukan kepada penjelasan sehingga terhapus kesamaran
sehingga hilang kerumitan, sehingga tidak timbul pertentangan, sehingga tidak
timbul pertanyaan dan sehingga tidak timbul keraguan.
No comments:
Post a Comment