Setinggi kesyukuran dirafa’kan ke
hadrat illahi atas limpah kurnianya yang tidak terhingga. Selawat dan salam
buat junjungan mulia Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, para sahabat
baginda, ahli keluarga serta penerus perjuangan zaman berzaman shingga hari
ini.
Dengan ini tercatitlah didalam
risalah ta’lim perkara yang diperlukan oleh ikhwan sebagai seorng muslim
dizaman ini, seorang pejuang, seorang yang setia dengan barisan dan seorang
yang mengikut kepimpinan. Mempekatakan berkaitan individu muslim, didalm risalh
ta’lim menunjukkan semuanya. Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak mengetahui
risalah ta’lim dengan sendirinya ia tidak mengetahui apakah dakwah ikhwan
muslimin.
Assyahid Imam Hassan al-Banna
menyebut sesebuah rumahtangga muslim yang dikehendaki ialah rumah tangga yang
mana suami isteri mengetahui hak-hak kewajipan masing-masing serta mereka
berdua beramal dengannya. Antaranya ialah pandai mendidik anak-anak dan orang
gaji dengan memberi pendidikan mengikut dasar-dasar Islam. Antaranya ialah
menjaga adab-adab Islam didalam semua kehidupan rumahtangga. Isteri mithali
yang disebut Allah akan sifatnya seperti mana isteri yang dipilih oleh Allah
untuk Rasulullah SAW yang terdapat dalam
firmannya yang bermaksud:
“Boleh jadi, jika Nabi menceraikan
kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih baik daripada
kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat, Yang bertaubat,
Yang tetap beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda dan Yang anak
dara.” (at-Tahrim:5)
Jadi islam, iman, taat, taubat,
ibadah dan puasa adalah merupakan petanda sifat-sifat seorang isteri muslimat. Seseorang
muslimat tidak sempurna ketaatannya kecuali apabila ianya soleh seperti mana
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin
dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang
soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) “ (an-Nisa’:34)
Rumah seorang muslim adalah rumah
dimana individunya perlu memakai pakaian Islam. Hendklah pakaiannya itu menutup
aurat, jangan terbuka daan terdedah. Anak-anak hendaklah dididik untuk
berpakaian yang demikian juga. Ibu adalah menjadi contoh.
Rumah seorang muslim janganlah
dimasuki oleh sesuatu yang haram. Jaganlah digantung didindingnya sesuatu yang
haram. Janganlah perkara yang berlaku didalam rumah iaitu rahsia rumah tangga
itu terdedah kepada orang luar.
Rumah seorang muslim ialah rumah
yang menyediakan anak-anaknya di peringkat sebelum baligh dengan semua
perkara-perkara atau hak Allah yang mesti dijalankan oleh anak-anak itu sesudah
baligh. Rumah seorang muslim adalah rumah yang jauh daripada fenomena
kemewahan, jauh daripada semua yang tidak Islam.
Sesungguhnya Rasulullah menyuruh
supaya ibu bapa memerintahkan anak-anaknya bersembahyang semasa anak-anak itu
berumur tujuh tahun. Bila anak-anak itu berumur sepuluh tahun hendaklah
dipukul. Ulama’-ulama’ telah mengkiaskan kewajipan menyuruh anak-anak berpuasa
sama dengan menyuruh anak-anak bersembahyang.
Ibu-bapa juga hendaklah mengajar
anak-anak mereka sesuatu pekerjaan yang
membolehkan anak-anak itu bekerja dengan pekerjaan itu dalam kehidupan mereka. Selain
itu ibu bapa hendaklah mendidik mereka diatas semangat jihad dan berperang
serta melatih mereka secara demikian. Dengan sebab itulah Khalifah ar-Rashid
memerintahkan ibu-bapa supaya mengajar anak-anak memanah, berenang, dan
menunggang kuda.
Patut diketahui bahawa seorang
muslim yang tidak berjaya mendidik anak-anak dan isterinya, maka pada adat
kebiasaan menunjukkan ia lemah untuk mendidik orang ramai, ataupun menjadi
pemimpin mereka. Sesungguhnya membiasakan anak-anak untuk mengerjakan
kebaikan dan untuk membiasakan mereka
dengan akhlak kehidupan yang baik adalah merupakan kewajipan Islam yang mesti
dilakukan dan jangan diabaikan.
Antara perkara yang penting perlu
diberi perhatian khas oleh ibu bapa ialah masalah mendidik anak-anak, masalah
mengekang nafsu, menutup aurat, mengawal diri daripada nafsu seks, menjauhkan
diri daripada tempat-tempat yang merosakkan, dan menjauhkan diri daripada
berkawan dengan orang-orang yang diragukan. Ibu bapa juga hendaklah membiasakan
anak-anak supaya mencintai pakaian Islam dan mencintai keperibadian Islam.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment