Ketika waktu senang, jangan lupa
diri dan berkata sesuatu yang melukakan hati mereka yang bersama kita ketika
waktu susah. Jangan kerana ingin mengejar
kawan baru dan menyedapkan hati rakan baru ketika waktu senang sehingga terlupa
dan menyisihkan perasaan kawan dan rakan seperjuangan yang bersama kita ketika
waktu susah kerana percaya selama ini kita di landasan yang betul.
Bagi mereka yang mengejar kawan
dan rakan baharu sehingga terlajak menyinggung perasaan kawan dan rakan
seperjuangan ketika waktu susah... usah salahkan mereka sekiranya mereka
meninggalkan kita kerana terasa kita sudah terlupa mengapa mereka sanggup bersama
kita ketika waktu susah. Akhirnya burung di semak tidak dapat, burung di dalam
tangan keterbangan.
Sesungguhnya hanya kawan dan
rakan seperjuangan sebenar sahaja akan tinggal di sisi kita ketika waktu susah
untuk mengharungi bersama, yang lain hanya datang ketika waktu kita senang.
Petikan daripada tulisan Dato’
Tuan Ibrahim Tuan Man
No comments:
Post a Comment