Assalamualaikum wrbth,
Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa jihad merupakan perkara utama di dalam agama Islam,
bahkan ada ulama yang berpendapat bahawa jika ada rukun Islam yang keenam, maka
rukun itu adalah jihad fi sabilillah. Namun, dalam kemarakan semangat dalam
berjihad kadangkala para abnaul harakah terlupa untuk menilai kualiti diri @
fardil muslim yang membentuk diri pejuang yang sebenar dan mendapat pertolongan
Allah SWT di medan peperangan.
Merujuk
kepada firman Allah SWT
maksudnya:
"Wahai
orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah
sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia)
berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku
(dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" mereka
menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (setelah Nabi Isa
tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan
sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang
Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang
Yang menang." (As-Saff
: 14)
Akan
tetapi gelaran ansorullah hanya akan dapat dicapai berdasarkan syarat2 @
kriteria yang melayakkan diri pejuang untuk mendapatkannya. Di dalam satu
ucapan oleh Us Nasrudin Tantawi ada menyebutkan bahawa 3 elemen penting bagi
pejuang 'ansorullah' ialah:
1) Sohihul aqidah - Aqidah yang jelas
2) Sorihul fikrah - Fikrah yang jelas
3) Solehul syakhsiyah - Personaliti yang baik
Ketiga-tiga
elemen ini mesti digarap di dalam diri setiap abnaul harakah supaya usaha @
jihad yang telah mereka laksanakan tidak menjadi sia2 bahkan berpotensi menjadi
'al-mutasaqitun ala tariq ad-dakwah' @ golongan yang tercicir dalam jalan
dakwah... wal iya zu billah...
Untuk
mencapai kesinambungan ketiga-tiga elemen tersebut, maka setiap abnaul harakah
perlulah melaksanakan 'pemutihan intima' @ mengevaluasi semula objektif
menggabungkan diri bersama jemaah @ harakah.
Syed
hawa ada menyebut di dalam kitabnya, 'Jundullah; Thaqafatan wa akhlaqan'
tentang ciri2 intima yang ada di dalam diri abnaul harakah.
Pertama,
'Intima afawi' @ menggabungkan diri kerana kecenderungan yang tertentu.
Kadangkala, sebahagian abnaul harakah cenderung melihat pimpinan bagi jemaah
yang memakai kopiah; kelihatan wara' dan soleh. Namun, apabila pada suatu
keadaan bilamana abnaul harakah tersebut melihat pimpinan itu tidak lagi
memakai kopiahnya, maka dia bertindak untuk keluar dari jemaah kerana tidak lagi
mempercayai pimpinannya itu.
Kedua,
'Intima syakhsi' @ menggabungkan diri kerana personaliti individu. Hal ini juga
kadangkala berlaku kepada sesetengah abnaul harakah, apabila hadir ke majlis2
ilmu @ kuliah2 agama, maka dilihatnya hebat pidato penceramah tersebut.
Akibatnya, dia merasa terpesona dan bersedia untuk bersama dengan jemaah.
Namun, apabila penceramah tersebut sudah lagi tiada, maka dia merasa kecewa dan
bertindak untuk keluar daripada jemaah.
Ketiga,
'Intima maslahi' @ menggabungkan diri kerana kepentingan tertentu.
Kebiasaannya, di dalam sesebuah jemaah ekonomi merupakan elemen penting yang
membantu pergerakan dan perkembangan jemaah. Ada juga sebahagian abnaul harakah
yang menjadi ahli jemaah kerana mahukan saham @ insentif ekonomi supaya dapat
menjana pendapatannya. Namun, bilamana perniagaannya tidak berjaya lagi, dia
bertindak untuk keluar daripada jemaah kerana fikirnya; ini akan menambahkan
kerugiaannya.
Keempat.
'Intima isti'jali' @ menggabungkan diri secara spontan. Adakalanya, sesetengah
abnaul harakah tidak mengetahui mengapa dia berada di dalam jemaah. Tahu2, dia
sudah menjadi ahli dan terus serta di dalam aktiviti2 yang diadakan. Hal ini
mungkin terjadi kerana ibubapanya merupakan ahli jemaah tersebut. Maka, tidak
hairanlah dia juga turut serta bersama di dalam jemaah itu. Namun, bilamana
jemaah tersebut di serang dan di tuduh oleh musuh dengan fitnah, maka dia
menjadi keliru dan terus bertindak untuk keluar daripada jemaah.
Kelima,
'Intima aqidi' @ menggabungkan diri kerana aqidah Islamiah. Inilah yang
sebenarnya diajarkan dan dituntut oleh Nabi Muhammad SAW ke atas setiap umat
Islam untuk terus berada di dalam jemaah Islam dalam mempertahankan dan
menegakkan Al-Quran serta As-Sunnah dalam mentadbir @ menjadi khalifah Allah
SWT di atas muka bumi ini.
Kesimpulannya,
hanya satu sahaja 'initma' @ penggabungan diri yang diterima dan menjamin nilai
istiqamah dalam perjuangan supaya mendapat kemuliaan dalam kehidupan atau mati
syahid di jalan Allah SWT. Ayuh abnaul harakah...
No comments:
Post a Comment