1.akidah
dan Perjuanagn al hujurat 15
15.
Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan)
tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuangDengan harta benda dan jiwa mereka
pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).
2.Pengahalang
dalam perjuangan at taubah 24
รถ
24.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).
3.Perintah
berjihad at taubah 41
(
41. Pergilah
kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan
ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu
pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui.
4.Celaan kpd gol beriman yang malas
berjihad at taubah 38-39
38. Wahai
orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu
merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat
(masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada
akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
39. Jika
kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela
ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi
sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak
akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
5.kewajipan
Umat Islam dalam berdakwah at taubah 71
t
71. Dan
orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong
bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
6.ciri
ciri jundullah al maidah 54
54. Wahai
orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya
(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka
dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak
takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia
Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha
Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
7.ciri
pejuang islam at taubah 112
112. (Mereka
itu ialah): orang-orang Yang bertaubat, Yang beribadat, Yang memuji Allah, Yang
mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), Yang rukuk, Yang
sujud, Yang menyuruh berbuat kebaikan dan Yang melarang daripada kejahatan,
serta Yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Yang
beriman (yang bersifat demikian).
8.batas
pandangan muslimin an nur 30
30.
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka
kerjakan.
9.batas pandangan muslimat an nur 31
31. Dan
Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Habiskan hafalan diatas beserta memahami
kandugan dan asbab nuzul kerana ini adalah
sumber kekuatan dan motivasi untuk kita dalam bergerak kerja.
No comments:
Post a Comment