I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 24 October 2011

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM (PPI)



لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إلاَّ وُسْعَهَا
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّْلْنَا مَا لاَ طَاقَتَ لَناَ بِهِ
Rabbana wa la tuhammilna maa laa thoqota lana bih...
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya

Wednesday, 19 October 2011

(SIRI 2) PERPECAHAN AGAMA DIZAMAN MODEN

Maka kalau direnung kedua penafsiran ini, dapatlah digabungkan menjadi satu. Jika ditafsirkan bahawa yang dimaksudkan  oleh ayat ini ialah ahlul kitab dapat juga diterima sebab ayat ini ialah selepas menerangkan persamaan wasiat sepuluh al-quran dan wasiat sepuluh dalam taurat. Penafsirannya tidak salah jika dilanjutkan kepada ummat Muhammad sendiri, sebab memang ada peringatan khusus kepada ummat Muhammad yang jelas tersebut didalam surah al-imran ayat 105 yang melarang berpecah belah dan berselisih sesudah dating keterangan, sebagaimana telah terjadi kepada ahlul kitab terdahulu. Pendeknya kemanapun hendak dibawa ayat ini, teranglah yang menjadi intinya memberi peringatan keras terhadap bahaya perpecahan baik dalam kalangan ahlul kitab ataupun dalam kalangan umat Muhammad.
Ibnu ‘Abbas berkata: “Sebelum Muhammad diutus datanglah ayat: “Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelah agama mereka dan jadilah mereka bergolong-golongan.”
Abu Hurairah berkata bahawa tujuan ayat ini ialah kepada umat Muhammad. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, al-Hakim, Ibn Juraij dan at-Thabrani dan lain-lain. Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah ahli bidaah dan ahli ahwaa’ (beragama menurut hawa nafsu sendiri) yang terdapat dalam umat ini. Keterangan ini dikuatkan oleh hadis  yang dirawikan  oleh ibn Hatim, dan Abusy syaikh, dan at-Thabrani dan al-Baihaqi didalam kitabnya “Syu’abul Iman” yang diterima daripada Umar bin Khattab, bahawa nabi SAW pernah berkata kepada Aisyah: “Wahai Aisyah, sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi bergolong-golongan, ialah orang yang membuat bidaah dan orang yang menurut hawa nafsu dalam beragama dan orang yang membawa kesesatan daripada ummat ini. Mereka itu tidak ada bagi mereka taubat. Wahai Aisyah. Tiap-tiap orang yang berdosa, boleh diberi taubat, kecuali pembuat bidaah dan pembuat hawa nafsu. Mereka tidak diberi taubat. Aku berlepas diri dari mereka, dan mereka berlepas diri daripadaku.”
Erti hadis ini bukanlah bahawa mereka telah tahu bahawa perbuatan mereka telah terang bdaah dan sudah jelas bagi mereka memang salah lalu mereka kembali kepada kebenaran dan taubat, lalu taubat mereka tidak diterima. Bukanlah demikian makna hadis ini tetapi maksudnya ialah bahawa mereka tidak mahu taubat kerana mereka tetap menyangka bahawa mereka ini mahu taubat kerana mereka tetap menyangka bahawa mereka di pihak benar. Tafsiran daripada “tafsir Ad-Durul Mantsur”
Didalam mentafsirkan ayat ini, ahli-ahli tafsir membawa pula sebuah hadis dari beberapa jalan riwayat. Antaranya berbunyi yang bermaksud:
“Telah berpecah-belah yahudi kepada 71 atau 72 pecahan, dan berpecah belah nasrani kepada 71 dan 72 pecaan, dan akan berpecah belah umatku kepada 73 pecahan.”(Dirawikan daripada Abu Dawud dari Abu Hurairah)
Dan satu lagi hadis lagi yang dirawikan oleh Abu Dawud juga dari hadis Muawiyah bermaksud:
“Ketahuilah bahawasanya Rasulullah SAW pernah berdiri dihadapan kami, lalu berkata: “Sesungguhnya dari ahlul kitab yang sebelum kamu telah berpecah belah 72 agama, dan agama yang inipun akan berpecah belah pula menjadi 73. Dan yang 72 akan masuk neraka dan yang satu akan masuk syurga iaitu al-jamaah.”
Dan ada pula tambahan satu riwayat yang lain:
“Dan sesungguhnya akan keluar pada umatku suatu kaum yang mengiringkan kepada mereka hw nafsu itu sebagaimana anjing mengiring tuannya. Tidak ada yang tinggal lagi urat-urat dan tidak pula bahagian –bahagian anggota tubuh, melainkan dimasukinya.”
Yang dimaksudkan anjing yang mengikuti tuannya itu menggigit tuannya, sehingga menjalarlah segala penyakit anjing itu ke seluruh bahagian tubuh orang yang digigitnya itu.
Dan pada sebuah hadis yang lain diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash bermaksud:
“Sesungguhnya akan datanglah kepada umatku sebagaimana yang telah datang kepada bani israil, jejak terompah. Dan bahawa bani israil telah berpecah belah kepada 72  agama, dan akan berpecah belah pula umatku kepada 73 agama. Semuanya akan masuk neraka kecuali agama yang satu sahaja. “ Lalu mereka bertanya : “Siapakah dia (yang satu itu) ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Iaitu barangsiapa yang ada menuruti aku dan sahabat-sahabatku.”
          Demikian hadis tentang perpecahan-perpecahan 71 atau 72 ahlul kitab dan 73 umat Muhammad SAW itu tersebut dalam tafsir-tafsir dan dalam kitab-kitab hadis dengan berbagai lafaz dan lagi riwayat lain yang tidak kita salinkan dalam tafsir yang kecil ini sebab ertinya dalam bahasa kita adalah sama.
        Sekarang marilah kita membincangkan hadis –hadis yang dapat menambah penjelasan dalam ayat ini untuk kita faham lebih mendalam. Mula-muala sekali didalam ayat ini kita bertemu pengakuan Allah dan Rasul sendiri bahawa dalam tiap-tiap agama akan terdapat berbagai ragam jalan fikiran atau disebut ra’yi.
         Imam Malik pernah berkata: “ Rasulullah SAW telah meninggal dan telah sempurna urusan ini semuanya dan lengkap. Maka yang metinya kita ikut ialah jejak yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan sekali-kali jangan diikut ra’yi kerana apabila engkau ikuti pendapat seseorang akan datang pulalah seorang yang lain dengan ra’yinya pula yang lebih kuat ra’yinya dari ra’yi engkau, lalu engkau ikuti pula. Pada pandanganku hal ini tidak akan selesai.”
            Yang dimaksudkan oleh Imam Malik Ra’yi disini ialah yang bersangkut paut dengan sekalian urusan agama, mengenai akidah, ibadah dan halal dan haram. Bukan yang berkenaan dengan dunia dan kepentingan Negara dan siasah dan pelaksanaan hokum. Sebab dalam hal yang berkenaan dengan urusan-urusan dunia itu  Imam Malik mempunyai suatu ajaran  yang bernama Al-Mashalihil Mursalah iaitu kemaslahatan umum yang menjadi tujuan juga diutus Rasul. Sebab itu maka As-Syatibi didalam kitabnya Al-I’tisham menyatakan bahawa mujtahid yang mengunakan ijtihadnya didalam masalah-masalah ijtihadiyah tidaklah kena pada ayat ini.
            Tentu sahaja tidak kena para mujtahid itu oleh ayat ini kerana jika kena atas mereka tentu agama menjadi sempit. Padahal dalam perkembangan zaman, banyaklah timbul soal-soal yang wajib diselesaikan dengan cara ijtihad, yang dizaman Rasulullah sendiri belum ada. Masalah ijtihadiyah ialah masalah yang tidak ada nas padanya dan belum pernah ada ulama yang dahulu terutamanya salaf membincangkan soal ini.
            Ijtihad dalam hal fiqh bererti memahamkan agama telah dimulai oleh ulama-ulama yang dahulu. Sejak sahabat-sahabat sampai kepada tabiin dan ulama mutaqaddimin sudah ada ijtihad. Tetapi ulama-ulama yang dahulu itu selalu mengataka bahawa ijtihad mereka adalah zhanni (tidak pasti dan tidak yakin). Keempat imam sama sahaja bunyi seruan mereka iaitu pendapat mereka hanyalah boleh dipakai bila kenyataan tidak berlawanan dengan al-quran dan hadis. Imam syafie terkenal dengan perkataan beliau bermaksud:
“Kalau terdapat hadis yang sahih (benar) maka itulah mazhabku”

Bersambung…

Tuesday, 18 October 2011

(SIRI 1) PERPECAHAN AGAMA DIZAMAN MODEN

Sebahagian daripada karya Prof Dr. Hj Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA). Tulisan ini memuatkan pandangan beliau dalam mentafsirkan ayat 159 surah al-An’am yang terdapat dalam tafsir Al-Azhar, juzu’ 8, dari muka 2279-2291. Mudah-mudahan banyak manfaat demi kemulian Islam yang sedang kita perjuangkan.


¨br&ur #x»yd ÏÛºuŽÅÀ $VJŠÉ)tGó¡ãB çnqãèÎ7¨?$$sù ( Ÿwur (#qãèÎ7­Fs? Ÿ@ç6¡9$# s-§xÿtGsù öNä3Î/ `tã ¾Ï&Î#Î7y 4 öNä3Ï9ºsŒ Nä38¢¹ur ¾ÏmÎ/ öNà6¯=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÎÌÈ  
153. Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#qè%§sù öNåks]ƒÏŠ (#qçR%x.ur $YèuÏ© |Mó¡©9 öNåk÷]ÏB Îû >äóÓx« 4 !$yJ¯RÎ) öNèdáøBr& n<Î) «!$# §NèO Nåkã¨Îm6t^ム$oÿÏ3 (#qçR%x. tbqè=yèøÿtƒ ÇÊÎÒÈ    
159. Bahawasanya orang-orang Yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan Yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah Engkau terkait sedikitpun Dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa Yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

`tB uä!%y` ÏpuZ|¡ptø:$$Î/ ¼ã&s#sù çŽô³tã $ygÏ9$sWøBr& ( `tBur uä!%y` Ïpy¥ÍhŠ¡¡9$$Î/ Ÿxsù #tøgä žwÎ) $ygn=÷WÏB öNèdur Ÿw tbqßJn=ôàムÇÊÏÉÈ  
160. Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
Pada ayat 153 Rasulullah SAW sudah disuruh menjelaskan bahawa inilah jalan yang lurus, ikutilah ini dan jangan ikut jalan-jalan lain kerana jalan yang banyak diikuti akan menyebabkan berpecah belah dari jalan Allah. Maka peringatan pada ayat 153 diperluas lagi sebagai seruan dan peringatan kepada umat yang telah mengakui beriman dan telah menerima agama.
“Bahawasanya orang-orang Yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan Yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah Engkau terkait sedikitpun Dalam (perbuatan) mereka.” (Pangkal ayat 159). 
         Ayat 153 telah menjelaskan bahawa jalan yang benar dan jalan yang lurus hanya satu, dan jalan yang lain berapapun banyaknya, tidak lain hanyalah membawa kepada perpecahan, maka diayat ini dijelaskan lagi bahawa biarpun semua orang orang telah masuk ke jalan yang satu itu, jalan sirothal mustaqim, jalan yang ditempuh nabi, perpecahan akan timbul lagi jika setelah masuk ke jalan itu, lalu jalan itu ditinggalkan dan menempuh jalan tersendiri. Orang membuat kelompak sendiri dalam jalan yang satu itu, sehingga dengan tidak disedari mereka menjadi berpecah belah setelah bersatu. Dengan demikian maka agama yang satu menjadi berpecah belah, sehingga timbul beberapa kelompok. Sekalipun golongan ini pada hakikatnya telah terlepas daripada pimpinan Rasulullah SAW, sebab Rasul SAW tidak boleh berpihak kepada salah satu daripada golongan-golongan itu, meskipun tiap-tiap golongan akan mendakwa bahawa pihak merekalah yang diakui rasul.
            Menurut penafsiran dari sesetengah penafsiran salaf, ayat ini adalah mengenai kepada ahlul kitab yang terdahulu kerana agama yang asal hanyalah satu, iaitu agama tauhid. Agama itulah yang ditegakkan oleh Ibrahim, Musa, dan Isa. Tetapi kemudian oleh pengikut-pengikut yang dating di belakang agama yang asli itu telah berpecah, ada yang menyebut mereka yahudi dan ada yang menyebut nasrani. Masing-masing mengatakan bahawa mereka adalah pihak yang benar, lalu satu golongan memusuhi golongan yang lain. Dan ahli tafsir yang lain menerangkan bahawa ayat ini adalah peringatan khusus kepada ummat Muhammad SAW sendiri, yang organisasinya dalam satu akidah akan berpecah-belah oleh kerana timbulnya bermacam-macam pendapat. Lalu timbullah tambahan-tambahan yang bukan-bukan, yang disebut bidaah. Tiap-tiap golongan mendakwa bahawa merekalah yang benar dan yang lain semuanya salah.


Bersambung…  

Friday, 14 October 2011

TABIAT MANUSIA MENURUT ISLAM


Al-Jiasi (1976 dlm. Ghafani, 2006) mengatakan ada empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu, nafsu amarah, nafsu lawwamah, nafsu mulahamah, dan nafsu mutma'innah. Nafsu ammarah adalah nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Pada peringkat ini manusia tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sebaliknya, nafsu lawwamah mula menunjukkan kelemahan diri, insaf dengan tabiat masa lampau dan mahu memulakan kehidupan yang positif.
Nafsu mulahamah adalah nafsu yang menerima kebenaran dan keinsafan. Seseorang individu yang memiliki nafsu jenis ini akan merasa seronok apabila melakukan perkara-perkara yang baik dan merasa gelisah apabila melakukan kejahatan.
Nafsu mutma'innah yang disebutkan dalam Al-Qur'an 89:27 ((setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!) sering diidamkan oleh mereka yang sentiasa mentaati perintah Allah seperti para nabi dan rasul, as-sadiqin (orang-orang yang sangat benar di sisi Allah), as-salihin (orang-orang yang salih di sisi Allah), al-muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah), al-muttaqin (orang-orang yang bertakwa di sisi Allah), al-mu'minin (orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah) dan al-muslim (orang-orang yang menyerah diri kepada Allah). Mereka yang memiliki nafsu ini bererti telah mencapai kedamaian dan kebahagiaan yang sebenar dan abadi di sisi Allah.                                                                                                       
Menurut Ibnu Maskawayh, seorang ahli falsafah dan pakar Ilmu akhlak, pertembungan nafsu di dalam diri manusia menghasilkan tiga jenis tabiat manusia iaitu:
1.   Manusia yang baik tabiatnya iaitu manusia yang tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat.
2.   Manusia yang jahat tabiatnya iaitu manusia yang tidak akan menjadi baik kerana memang pembawaannya    yang jahat.
3.  Manusia yang berada di pertengahan yang boleh berubah menjadi baik bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.
     
(petikan daripada assignment akhlak)

QUNUT NAZILAH

Saturday, 1 October 2011

MENJAGA KEKUATAN IMAN


1.  Seorang hamba hendaklah sentiasa bermunajat  dengan berdoa, berharap, dan sering mengingati kepada Allah SWT.
2.     Kita juga hendaklah merenung isi al-quran kerana tidak ada yang dapat menyatukan hati ini kecuali dengannya. Kebanyakan orang pada hari ini lena dan sibuk dengan menuntut ilmu daripada membaca dan mempelajari al-quran sehingga hati mereka menjadi keras.
3.      Menjaga solat berjemaah. Allah telah menjamin orang yang menjaga solat fardhu berjemaah tidak akan menghina dan merendahkannya.
4.    Menjalankan ibadat-ibadat sunat dan memperbanyakkan ibadat tersebut terutamanya solat sunat rawatib kerana setiap kali kita sujud kepada Allah, setiap itu juga Allah akan mengangkat darjat kita.
5.      Bergaul dan mencintai orang-orang solih. Rasulullah bersabda:
“seseorang itu sesuai dengan agama temannya, maka hendaknya salah seorang diantara kamu memperhati siapa yang dia pergauli?.” (H.R Ahmad)
Rasulullah SAW juga bersabda sebagaimana yang terdapat dalam sunsn At-Tirmidzi:
“Hendaklah kamu jangan bergaul kecuali dengan orang yang beriman dan hendaklah orang yang memakan makananmu itu hannyalah orang yang bertakwa.” (H.R At-Tirmidzi)
6.     Muraqabatullah (merasakan pengawasan Allah). Kita mengetahui Allah sentiasa bersama kita. Allah berfirman yang bermaksud:
“ Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!”
Kita juga menyedari Allah mengetahui segala yang kita rahsiakan  dan yang kita katakana. Allah swt berfirman yang bermaksud:
“ Tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.