Hindarkan kesedihan. Kesedihan akan semakin menghancurkan anda. Anda tidak akan dapat berfikir secara maksima. Anda tidak akan bertenaga. Anda akan sakit dan anda tidak dapat idea-idea yang baik.
Untuk menghindari kesedihan, janganlah melakukan apa yang bukan dalam wilayah kekuasaan anda, bukan wilayah kewajiban anda, bukan tanggungjawab anda. Tidak perlu stress. Tidak perlu tertekan. Tidak perlu panik. Bertenanglah, dan bahagiakanlah diri anda. Hiduplah dalam keadaan aman damai. Kerjakan apa yang menjadi kewajiban anda, dan serahkan kepada Allah apa apa yang anda tidak mampu atau yang bukan kewajiban anda.
Sentiasakan diri anda dalam keadaan bahagia, bersabar.
Terimalah dengan lapang dada apa yang sedang anda hadapi saat ini bahwa ia merupakan kehendak Allah. Tidak ada satu kejadian apapun di dunia ini akan terjadi melainkan kerana Allah telah mengizinkan berlaku. Terimalah ia sebagai taqdir dengan perasaan lapang dada
No comments:
Post a Comment