I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 27 September 2011

HAKIKAT GERAK KERJA ISLAM


1.     Islam yang seperti kita faham merupakan satu perjuangan  yang sambung menyambung dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin. Bermula daripada perjuangan nabi Adam  sehinggalah kepada perjuangan nabi Muhammad dan disambung secara terus menerus oleh para sahabat, tabi’in dan orang-orang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari-hari akan datang.
2.  Perjuangan ini sering berhadapan dengan golongan yang berkuasa dalam masyarakat terutamanya pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-kerja Islam. Dengan mengingati kisah nabi musa dengan Firaun dan kisah nabi Ibraim dengan Namrud, mereka ini bukan sahaja menghalang tetapi mempertahankan dasar mereka yang salah.
3.  Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa atau pemerintah dalam sesuatu masyarakat bukanlah disebabkan hal yang berkaitan pribadi tetapi melibatkan pertembungan aqidah dan dasar. Pertembungan ini boleh dilihat dan dibaca menerusi kisah nabi Musa dengan Firaun sebelum dilantik menjadi rasul dan juga kisah nabi Muhammad dengan pemimpin quraish sebelum diangkat menjadi rasul. Hubungan baik mereka sebelum menjadi rasul berubah apabila mengisytiharkan menjadi nabi sehingga pelbagai gelaran baik menjadi gelaran buruk seperti ahli sihir, gila, dan pendusta.
4.      Inilah hakikat yang perlu dihadapi oleh tenaga-tenaga Islam supaya Islam terus tersebar dan difahami oleh masyarakat. Islam tidak akan rugi jika kamu tidak bersama Islam, tapi kamu akan rugi jika tidak bersama Islam. "Ya Allah istiqamahkan diriku ini dalam gerak kerja Islam".
Wallahu ta'ala  a’lam

No comments: