Maka kalau direnung kedua penafsiran ini, dapatlah digabungkan menjadi satu. Jika ditafsirkan bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah ahlul kitab dapat juga diterima sebab ayat ini ialah selepas menerangkan persamaan wasiat sepuluh al-quran dan wasiat sepuluh dalam taurat. Penafsirannya tidak salah jika dilanjutkan kepada ummat Muhammad sendiri, sebab memang ada peringatan khusus kepada ummat Muhammad yang jelas tersebut didalam surah al-imran ayat 105 yang melarang berpecah belah dan berselisih sesudah dating keterangan, sebagaimana telah terjadi kepada ahlul kitab terdahulu. Pendeknya kemanapun hendak dibawa ayat ini, teranglah yang menjadi intinya memberi peringatan keras terhadap bahaya perpecahan baik dalam kalangan ahlul kitab ataupun dalam kalangan umat Muhammad.
Ibnu ‘Abbas berkata: “Sebelum Muhammad diutus datanglah ayat: “Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelah agama mereka dan jadilah mereka bergolong-golongan.”
Abu Hurairah berkata bahawa tujuan ayat ini ialah kepada umat Muhammad. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, al-Hakim, Ibn Juraij dan at-Thabrani dan lain-lain. Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah ahli bidaah dan ahli ahwaa’ (beragama menurut hawa nafsu sendiri) yang terdapat dalam umat ini. Keterangan ini dikuatkan oleh hadis yang dirawikan oleh ibn Hatim, dan Abusy syaikh, dan at-Thabrani dan al-Baihaqi didalam kitabnya “Syu’abul Iman” yang diterima daripada Umar bin Khattab, bahawa nabi SAW pernah berkata kepada Aisyah: “Wahai Aisyah, sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi bergolong-golongan, ialah orang yang membuat bidaah dan orang yang menurut hawa nafsu dalam beragama dan orang yang membawa kesesatan daripada ummat ini. Mereka itu tidak ada bagi mereka taubat. Wahai Aisyah. Tiap-tiap orang yang berdosa, boleh diberi taubat, kecuali pembuat bidaah dan pembuat hawa nafsu. Mereka tidak diberi taubat. Aku berlepas diri dari mereka, dan mereka berlepas diri daripadaku.”
Erti hadis ini bukanlah bahawa mereka telah tahu bahawa perbuatan mereka telah terang bdaah dan sudah jelas bagi mereka memang salah lalu mereka kembali kepada kebenaran dan taubat, lalu taubat mereka tidak diterima. Bukanlah demikian makna hadis ini tetapi maksudnya ialah bahawa mereka tidak mahu taubat kerana mereka tetap menyangka bahawa mereka ini mahu taubat kerana mereka tetap menyangka bahawa mereka di pihak benar. Tafsiran daripada “tafsir Ad-Durul Mantsur”
Didalam mentafsirkan ayat ini, ahli-ahli tafsir membawa pula sebuah hadis dari beberapa jalan riwayat. Antaranya berbunyi yang bermaksud:
“Telah berpecah-belah yahudi kepada 71 atau 72 pecahan, dan berpecah belah nasrani kepada 71 dan 72 pecaan, dan akan berpecah belah umatku kepada 73 pecahan.”(Dirawikan daripada Abu Dawud dari Abu Hurairah)
Dan satu lagi hadis lagi yang dirawikan oleh Abu Dawud juga dari hadis Muawiyah bermaksud:
“Ketahuilah bahawasanya Rasulullah SAW pernah berdiri dihadapan kami, lalu berkata: “Sesungguhnya dari ahlul kitab yang sebelum kamu telah berpecah belah 72 agama, dan agama yang inipun akan berpecah belah pula menjadi 73. Dan yang 72 akan masuk neraka dan yang satu akan masuk syurga iaitu al-jamaah.”
Dan ada pula tambahan satu riwayat yang lain:
“Dan sesungguhnya akan keluar pada umatku suatu kaum yang mengiringkan kepada mereka hw nafsu itu sebagaimana anjing mengiring tuannya. Tidak ada yang tinggal lagi urat-urat dan tidak pula bahagian –bahagian anggota tubuh, melainkan dimasukinya.”
Yang dimaksudkan anjing yang mengikuti tuannya itu menggigit tuannya, sehingga menjalarlah segala penyakit anjing itu ke seluruh bahagian tubuh orang yang digigitnya itu.
Dan pada sebuah hadis yang lain diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash bermaksud:
“Sesungguhnya akan datanglah kepada umatku sebagaimana yang telah datang kepada bani israil, jejak terompah. Dan bahawa bani israil telah berpecah belah kepada 72 agama, dan akan berpecah belah pula umatku kepada 73 agama. Semuanya akan masuk neraka kecuali agama yang satu sahaja. “ Lalu mereka bertanya : “Siapakah dia (yang satu itu) ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Iaitu barangsiapa yang ada menuruti aku dan sahabat-sahabatku.”
Demikian hadis tentang perpecahan-perpecahan 71 atau 72 ahlul kitab dan 73 umat Muhammad SAW itu tersebut dalam tafsir-tafsir dan dalam kitab-kitab hadis dengan berbagai lafaz dan lagi riwayat lain yang tidak kita salinkan dalam tafsir yang kecil ini sebab ertinya dalam bahasa kita adalah sama.
Sekarang marilah kita membincangkan hadis –hadis yang dapat menambah penjelasan dalam ayat ini untuk kita faham lebih mendalam. Mula-muala sekali didalam ayat ini kita bertemu pengakuan Allah dan Rasul sendiri bahawa dalam tiap-tiap agama akan terdapat berbagai ragam jalan fikiran atau disebut ra’yi.
Imam Malik pernah berkata: “ Rasulullah SAW telah meninggal dan telah sempurna urusan ini semuanya dan lengkap. Maka yang metinya kita ikut ialah jejak yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan sekali-kali jangan diikut ra’yi kerana apabila engkau ikuti pendapat seseorang akan datang pulalah seorang yang lain dengan ra’yinya pula yang lebih kuat ra’yinya dari ra’yi engkau, lalu engkau ikuti pula. Pada pandanganku hal ini tidak akan selesai.”
Yang dimaksudkan oleh Imam Malik Ra’yi disini ialah yang bersangkut paut dengan sekalian urusan agama, mengenai akidah, ibadah dan halal dan haram. Bukan yang berkenaan dengan dunia dan kepentingan Negara dan siasah dan pelaksanaan hokum. Sebab dalam hal yang berkenaan dengan urusan-urusan dunia itu Imam Malik mempunyai suatu ajaran yang bernama Al-Mashalihil Mursalah iaitu kemaslahatan umum yang menjadi tujuan juga diutus Rasul. Sebab itu maka As-Syatibi didalam kitabnya Al-I’tisham menyatakan bahawa mujtahid yang mengunakan ijtihadnya didalam masalah-masalah ijtihadiyah tidaklah kena pada ayat ini.
Tentu sahaja tidak kena para mujtahid itu oleh ayat ini kerana jika kena atas mereka tentu agama menjadi sempit. Padahal dalam perkembangan zaman, banyaklah timbul soal-soal yang wajib diselesaikan dengan cara ijtihad, yang dizaman Rasulullah sendiri belum ada. Masalah ijtihadiyah ialah masalah yang tidak ada nas padanya dan belum pernah ada ulama yang dahulu terutamanya salaf membincangkan soal ini.
Ijtihad dalam hal fiqh bererti memahamkan agama telah dimulai oleh ulama-ulama yang dahulu. Sejak sahabat-sahabat sampai kepada tabiin dan ulama mutaqaddimin sudah ada ijtihad. Tetapi ulama-ulama yang dahulu itu selalu mengataka bahawa ijtihad mereka adalah zhanni (tidak pasti dan tidak yakin). Keempat imam sama sahaja bunyi seruan mereka iaitu pendapat mereka hanyalah boleh dipakai bila kenyataan tidak berlawanan dengan al-quran dan hadis. Imam syafie terkenal dengan perkataan beliau bermaksud:
“Kalau terdapat hadis yang sahih (benar) maka itulah mazhabku”
Bersambung…