I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 14 December 2011

(SIRI 3) PERPECAHAN AGAMA DIZAMAN MODEN

            Maka yang menimbulkan perpecahan bukanlah beberapa ijtihad, tetapi apabila sesuatu ijtihad telah dipegang dengan yakin, dan tidak boleh ditinjau atau diubah lagi. Lalu timbullah berbagai mazhab, dan tiang mazhab mengatakan bahawa pihak merekalah benar. Kadang-kadang ternyata pendapat seorang mujtahid itu setelah diselidiki dengan saksama, berbeza dengan maksud sesuatu hadis yang  sahih. Hadis sahih itu tidak dipakai orang kerana orang telah memegang hasil ijtihad imamnya dengan tidak mahu beranjak lagi dan timbullah perpecahan.

            Imam yang empat tidak berselisih. Mereka sendiri hormat menghormati didalam pendapat masing-masing dan dapat bertolak ansur. Tetapi pengikut yang datang di belakang telah berpecah seakan-akan mazhab menjadi suatu agama tersendiri, sampai menjadi pembicaraan didalam kalangan mazhab Hanafi adakah boleh seorang lelaki bermazhab Hanafi berkahwin dengan seorang wanita dari mazhab Syafi’e. Di Mekah sendiri, pusat perhimpunan kiblat kaum muslimin pernah beratus tahun dahulu terjadi sembahyang berjemaah di masjidil haram empat imam bergilir-gilir di tiap-tiap waktu kerana pengikut mazhab tidak mahu mengikut imam mazhab yang lain disebabkan amalan dalam furu’ ada perbezaan kecil. Barulah pada tahun 1952 setelah Makkah dipegang oleh Ibn Sa’ud, sembahyang berjemaah dijadikan hanya satu kalidi tiap-tiap waktu.

            Pengetahuan kita tentang perpecahan agama yahudi tidaklah luas. Tetapi nasrani dapat kita tahu seba sedikit. Mereka bukan sahaja  menjadi 71 atau 72 golongan yang disebut SEKTE, bahkan golongan protestan yang memisahkan diri dari khatolik sahaja tidak kurang  200 bahagian. Masing-masing mendakwa bahawa gereja merekalah yang benar dan yang lain sudah agama yang lain. Sebab itu pengikut methodhist misalnya tidak suka masuk gereja baptis. Apatah lagi khatolik akan masuk gereja protestan.

            Dalam Islam belum pernah sampai seteruk ini. Tetapai kerana kurang berhati-hati sehingga di mekah pada tahun 1925, pengikut mazhab hanafi tidak mahu sembahyang di belakang imam mazhab syafie. Syukurlah Raja Abdul Aziz Ibn Saud bertindak menyuruh menyatukan sembahyang kembali. Dengan kenyataan sejarah ini, hampir-hampir umat Muhammad s.a.w mengikuti jejak bani israil setapak demi setapak sehingga ancaman ini bukan hanya perpecahan mazhab tetapi agama juga. Dengan peringata rasulullah itu bukanlah takdir yang perlu diikuti tetapi menyuruh supaya berhati-hati jangan mengikuti masalah ini disebabkan rasulullah telah mengatakan iaitu yang hanya akan selamat adalah hanya satu satu sahaja iaitu mengikuti ajaaran beliau dan sahabat-sahabat beliau.

Punca utama perpecahan ini ialah:
 1. Soal politik dan perebutan kuasa.
 2. Membela puak dan keturunan.
 3.Perbezaan mazhab dalam soal ushul dan furu’.
 4.Berckap berkaitan agama berdasarkan ra’yi sahaja.

    Beliau menambah sebab yang kelima iaitu hasutan musuh-musuh agama diantara kerajaan Islam. Ketika bani Abbas hendak merebut kuasa dari bani umaiyah, Syiah ahlul baitlah yang dijadikan dasar. Dan ketika terjadi peperangan hebat yang melemahkan kekuasaan islam pada abad ke17 masihi antara kerajaan Turki Osmani dengan kerajaan Iran  Shafawi menjadikan dasar pertentangan mereka ialah pertentangan mazhab sunni dengan Syiah sehinggakan kerajaan Syafawi mengumumkan mazhab rasmi iran hanyala satu iaiti syiah itsna’ asyariyah. Iran dan Afghanistan merupakan satu kerurunan menjadi berpecah disebabkan Afghanistan bermazhab Sunni Hanafi sedangkan Iran bermazhab Syiah.

            Maka pada abad ke17 inilah mula penjajahan barat berkembang ke dunia Islam.

Bersambung….

No comments: