I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 5 January 2012

TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI


Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dilimpah nikmat kurniaannya untuk menjalani sisa-sisa hidup yang masih berbaki. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi junjungan terakhir.
Dalam penulisan ini insya’Allah akan mengupas berkaitan penyakit yang ada dalam buku wabak sepanjang jalan yang dihadapi oleh kebanyakan amilin yang berada dilapangan dakwah dan masyarakat. Antara penyakit yang  dihadapi oleh ‘amilin ialah al-i’jab binnafsi (Terpesona dengan diri sendiri).
Al’ijab bil nafsi bermaksud suatu kegembiraan dengan diri sendiri daripada perbuatan dan perlakuan yang dilakukan samada menyinggung atau tidak orang lain, baik atau buruk, terpuji atau keji. Jika penyakit ini tidak dirawat dalam diri amilin kemungkinan amilin boleh terjebak kedalam penyakit al-ghurur dan al-takabbur.
Sebab berlaku penyakit ini yang ditulis dalam buku wabak sepanjang jalan ialah:
1.Suasana awal dibesarkan.
2.Memuja dan memuji secara berdepan tanpa mematuhi dan mengambil  kira           adab    dan  peraturan hukum syara’ yang berkaitan dengan pujian.
3.Mendampingi golongan yang bersifat kagum dengan diri mereka sendiri.
4.Berada didalam nikmat dengan melupai anugerah nikmat Allah.
5.Memikul tugas sebelum matang dan tarbiyyah secukupnya.
6.Lalai atau gagal mengenali hakikat diri sendiri.
7.Keturunan yang baik dan mulia.
Jika penyakit ini tidak dirawat oleh amilin akan memberi kesan yang tidak baik pada diri amilin ataupun ke atas amal islami itu sendiri:
1.Terjebak ke dalam al-ghurur dan al-takabbur.
2.Tewas hadapi masalah besar.
3.Orang ramai menjauhi diri dan membencinya.
Penyakit ini boleh dilihat apabila seseorang ‘amilin itu sering menonjolkan kebaikan dirinya kepada orang lain. Dia sentiasa memuji dan mengangkat dirinya sendiri padahal dia lupa atau sengaja melupakan.
Ciri kedua amilin yang terpesona dengan diri sendiri ialah enggan menerima nasihat. Dia sentiasa cuba mengelakkan diri dari dinasihati. Dia akan gembira dan seronok  mendengar keaiban  dan kelemahan orang lain.
Kebanyakan amilin tidak sedar penyakit ini ada pada diri dan merasa terpesona dengan diri sendiri dan rasa hebat dengan apa yang dilakukan atau diucapakannya walaupun banyak kelemahan yang ada pada diri yang disorokkan. Penyakit inilah yang banyak merosakkan  ukhwah dan gerak kerja amal islami disebabkan penyakit sebilangan amilin.
Amilin perlu sentiasa mengingati nikmat yang Allah kurniakan  keatasnya dari sebesar-besar nikmat sehingga sekecil-kecil nikmat supaya diri sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.






No comments: