1. Seorang hamba hendaklah sentiasa bermunajat dengan berdoa, berharap, dan sering mengingati kepada Allah SWT.
2. Kita juga hendaklah merenung isi al-quran kerana tidak ada yang dapat menyatukan hati ini kecuali dengannya. Kebanyakan orang pada hari ini lena dan sibuk dengan menuntut ilmu daripada membaca dan mempelajari al-quran sehingga hati mereka menjadi keras.
3. Menjaga solat berjemaah. Allah telah menjamin orang yang menjaga solat fardhu berjemaah tidak akan menghina dan merendahkannya.
4. Menjalankan ibadat-ibadat sunat dan memperbanyakkan ibadat tersebut terutamanya solat sunat rawatib kerana setiap kali kita sujud kepada Allah, setiap itu juga Allah akan mengangkat darjat kita.
5. Bergaul dan mencintai orang-orang solih. Rasulullah bersabda:
“seseorang itu sesuai dengan agama temannya, maka hendaknya salah seorang diantara kamu memperhati siapa yang dia pergauli?.” (H.R Ahmad)
Rasulullah SAW juga bersabda sebagaimana yang terdapat dalam sunsn At-Tirmidzi:
“Hendaklah kamu jangan bergaul kecuali dengan orang yang beriman dan hendaklah orang yang memakan makananmu itu hannyalah orang yang bertakwa.” (H.R At-Tirmidzi)
6. Muraqabatullah (merasakan pengawasan Allah). Kita mengetahui Allah sentiasa bersama kita. Allah berfirman yang bermaksud:
“ Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!”
Kita juga menyedari Allah mengetahui segala yang kita rahsiakan dan yang kita katakana. Allah swt berfirman yang bermaksud:
“ Tidakkah Engkau memikirkan, Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah Yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah Yang keenamnya, dan tiada Yang kurang dari bilangan itu dan tiada Yang lebih ramai, melainkan ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa Yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
No comments:
Post a Comment