Perkara yang pertama sekali diletakkan dalam fikiran guru muslim contoh ialah tentang peranan yang paling penting dimainkan oleh guru dalam menyediakan tenaga manusia dan bagaimana cara mendidiknya. Sebahagian guru hannya menyangka bahawa peranannya hannya memenuhkan ingatan murid-murid dengan maklumat dan apabila ramai penuntutnya berjaya dalam peperiksaan bagi mata pelajaran yang diajarkannya, maka ia telah dianggap sebagai guru berjaya. Ini merupakan kefahaman yang salah kerana peranan guru yang berjaya diukur ialah dari segi pendidikan, kemudian barulah pelajaran yang disampaikan.
1. Guru hendaklah menjadi contoh yang praktikal dalam pegangannya dengan ajaran dan adab-adab Islam. Ia hendaklah memunaikan sembahyang pada waktunya bersama-sama anak murid bahkan hendaklah membantu mereka untuk memahami masalah agama, memuji akhlak yang baik dan tingkah laku yang baik dan menghapuskan akhlak yang keji.
2. Seorang guru juga hendaklah menilai peluang besar yang telah diberikan kepadanya sebagai guru seperti ia menanam di kebun subur untuk melahirkan pendakwah. Generasi yang silih berganti itu dari kalangan pemuda yang akan berusaha kearah dakwah tanpa mengikuti tunjuk ajarnya dengan penuh rasa penghormatan. Contoh kita adalah Rasulullah.
3. Guru hendaklah mengadakan hubungan baik dan berkasih sayang dengan anak muridnya. Ini akan menolong kekesanan dan penerimaan segala arahannya. Hubungan ini boleh diwujudkan dengan mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan hubungan.
4. Semasa menyampaikan pelajaran hendaklah dihubungkan dengan pencipta. Cara ini melahirkan perasaan menyucikan dan mengagungkan Allah dihati penuntut dan timbul rasa taat.
5. Guru hendaklah bersedia menerima tugas di kawasan-kawasan pendalaman bagi tujuan menyampaikan dakwah.
6. Harakah Islam hendaklah mengarahkan anak-anaknya untuk mengambil bidang-bidang yang diperlukan di dalam pendidikan dan pelajaran seperti bidang perguruan supaya bidang ini tidak diserahkah kepada golongan perosak akidah.
No comments:
Post a Comment