"Ya Allah
Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah
bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula.
Aku minta ampun
daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku
laksanakan.
"Aku bertaubat
daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu
menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun
kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu,
sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan
yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta
ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam
gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah
daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."
No comments:
Post a Comment