Persoalan ini
selalu bermain di benak fikiran kita,siapakah diri kita sebenarnya,dari mana
kita datang dan kemana kita akan dkembalikan.Mari kita cuba selidiki, teliti
dan cuba memahami dari lubuk hati dan sanubari kita..Jawapan bagi persoalan ini
bukanlah mudah untuk dikupas tetapi ianya memerlukan satu pengorbanan untuk
kita betul2 merasakan kehidupan kita kedunia ini merupakan satu anugerah dan
satu nikmat yg besar dari Allah dengan kita merenung hasil penciptaan
kita,daripada apakah kita diciptakan dan siapakah yang menciptakan
kita.Hakikatnya kita merupakan MAKHLUK YANG MULIA disisi Allah
swt..Sebenarnya,kita merupakan makhluk yg istimewa dan Allah juga telah
mengiktiraf kedudukan kita di muka bumi ini.Apabila Nabi Adam a.s itu
diciptakan,Allah swt memerintahkan para malaikat dan iblis untuk sujud kepada
Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat. Sedangkan Nabi Adam juga sama seperti kita
diciptakan sebagai manusia.Allah swt juga telah berfirman dalam Surah Taha:16
yg bermaksud,
"Dan
ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat,sujudlah kamu kepada
Adam,mereka semua bersujud,kecualai iblis yang membantah"
Lihat, Allah
juga telah memerintahkan para Malaikat bersujud kepada kita yakni
manusia.Itulah tanda mulia dan istimewanya kita. Dan kita perlu menyedari bahawa
kitalah sebaik-baik penciptaan..sebab apa?sebabnya,kita sungguh berbeza dengan
makhluk ciptaan Allah yg lain.adakah manusia sama seperti
haiwan?tumbuhan?benda? atau sebagainya?tidak,tentu sekali berbeza sama
sekali....
Berbalik pula
kepada persoalan pokok yang kedua,dari mana kita datang?Oleh itu,mari kita sama
-sama menghayati firman-firman Allah swt yang menceritakan tentang kejadian
kita: Dalam Surah Al-Mukminun:12,13,14
"Dan
sesungguhnya,Kami menciptakan manusia itu daripada saripatiyang berasal daripada
tanah"
"Kemudian
Kami menjadikannya daripada nutfah(air mani) yang tersimpan di dalam tempat
yang kukuh (rahim)"
"Kemudian
air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat ,lalu sesuatu yang melekat itu
Kami jadikannya segumpal daging,dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan
tulang-belulang,lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging,kemudian
Kami menjadikannya makhluk yang berbentuk lain.Maha Suci Allah yang merupakan
sebaik baik pencipta."
Subhanallah,Maha
Kuasanya Allah...tak mamapu kita nak saingi kehebatan dan kekuasaannya. Cuba
kita lihat apa yang ada pada diri kita, semuanya lengkap kan?
Boleh berjalan,bercakap,berfikir,menghitung,melakukan
pelbagai perkara dan mempunyai pelbagai perasaan.Hanya dengan penggabungan OVUM
DAN SPERMA kita mampu menjadi yang luar biasa.Ajaib bukan?siapakah yang dapat
lakukan sedemikian selain Allah?Jadi,inilah hasil dari penciptaan kita sbg
manusia dan khalifah di muka bumi Allah..Oleh itu wahai manusia,kita tidak
boleh mensia-siakan hidup kita di dunia ini..Adakah kita nak isi umur kita
sepnjang hidup kita di dunia ini hanya dgn makan,minum,nak duit,cari
kebahagiaan dan sebagainya tanpa langsung kita selitkan hubungan kita dengan
RABB,ILLAH kita??
Tidak seharusnya
kita mensia-siakn hidup kita selama bertahun-tahun menumpang di muka bumi yang
fana ini..kerana,kita akan pulang ke tempat asal dan tempat yg abadi iaitu di
akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment