"Bismillah
walhamdulillah.Saat Indah : Belajar dan mengajar. Kedua-duanya memang indah.
Kerana
Barangsiapa
berusaha menuju satu jalan menuntut ilmu, Allah s.w.t akan permudahkan baginya
satu jalan ke Syurga
Berpagilah
kamu sebagai seorang ‘alim,atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar
ilmu atau (sekurang-kurangnya) cintakan ilmu dan janganlah jadi golongan kelima
(iaitu orang yang tidak tergolong dari 4 ciri yang disebutkan) maka binasalah
Bagi
diri saya, belajar itu lebih indah sesuai dengan keberhajatan saya
terhadap penambahan ilmu yg sangat sedikit @ ‘ bertambah kurang ‘. Bolehkah
ilmu berkurang ? Allah berkuasa ke atas sesuatu. Satu kenyataan yang wajib
untuk kita imani. Antara faktor ilmu boleh berkurang ialah :
1-
jauh untuk mengamalkan ilmu tersebut
2-
banyak melakukan maksiat
3-belajar
tak ikhlas
Imam
Waqie’ pernah berpesan kepada anak muridnya iaitu Imam As-syafei :
“sesungguhnya
ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang melakukan
maksiat “
Lantaran
itu, kita mesti berusaha ke arah ‘sifar maksiat ‘ , jika mustahil
sekurang-kurangnya kita dapat ‘meminimizekan’ kadar atau kuantitinya dari hari
kehari. Saya suka untuk berkongsi kehebatan sifat Allah Maha Pengampun kerana
sifat tersebut memberi peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Justeru,
selagi diberi nyawa dan kehidupan, maka tiada alasan untuk kita tidak berubah.
Sebenarnya,
belajar dan mengajar telah pun kita (praktik) dalam kehidupan kita samaada
secara lansung ataupun tidak, dan secara sedar atau diluar sedar. Kalau tidak
menjadi guru di sekolah, paling tidak, kita menjadi guru kepada anak-anak ,
adik-adik kita. Maka, belajar apatah lagi!. Zaman sekarang hampir mustahil
orang tak berpeluang untuk belajar khususnya di Malaysia dan kecil bilangannya.
Tapi yang sengaja tak nak belajar itulah yang kita bimbangi. ‘ Sangat ramai ‘
Salah
faham.
Saya
rasa kita semua faham. Cuma adakalanya kita hilang faham disebabkan sengaja
buat-buat tak faham. Maksud saya , konsep belajar dan mengajar. 2 perkara yang
sangat-sangat sinonim dalam kehidupan ummat manusia iaitu dikaitkan dengan
ilmu. Maka orang yang ingin belajar dan mengajar dia perlu mendapatkan ilmu dan
menyampaikan ilmu. Menuntut ilmu (belajar) haruslah berterusan. Konsep
Daripada buaian hingga ke liang lahad
Harus
diterapkan dalam minda kita iaitu menuntut ilmu tanpa batas masa dan usia.
Sebenarnya, tulisan saya lebih kepada untuk berkongsi pengalaman peribadi.
Namun saya suka untuk berkongsi peringatan agar ianya jadi lebih bermanfaat.
InsyaAllah.
Saya
berharap sangat, dapat menikmati zaman belajar dikala ini tanpa terikat dengan
tanggungjawab bekerja. Namun, hampir sukar untuk dilaksana. Begitulah
cabarannya. Justeru natijah dari coretan saya ini kita dapat simpulkan, masa
muda, masa belum banyak tanggungjawab hendaklah digunakan untuk menuntut ilmu
dengan bersungguh-sungguh. Bak orang kata ‘ biar jadi ‘alim ‘
Untuk
akhirnya, belajar dan ajarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. InsyaAllah,
ilmu itu akan berkembang dan bertambah jika kita bertanggungjawab atas dua
perkara yang saya telah sebutkan tadi iaitu belajar dan mengajar.
No comments:
Post a Comment