I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 25 March 2012

SAAT INDAH : BELAJAR DAN MENGAJAR


"Bismillah walhamdulillah.Saat Indah : Belajar dan mengajar. Kedua-duanya memang indah. Kerana

Barangsiapa berusaha menuju satu jalan menuntut ilmu, Allah s.w.t akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga

Berpagilah kamu sebagai seorang ‘alim,atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar ilmu atau (sekurang-kurangnya) cintakan ilmu dan janganlah jadi golongan kelima (iaitu orang yang tidak tergolong dari 4 ciri yang disebutkan) maka binasalah

Bagi diri saya, belajar itu lebih  indah sesuai dengan keberhajatan saya terhadap penambahan ilmu yg sangat sedikit @ ‘ bertambah kurang ‘. Bolehkah ilmu berkurang ? Allah berkuasa ke atas sesuatu. Satu kenyataan yang wajib untuk kita imani. Antara faktor ilmu boleh berkurang ialah :

1- jauh untuk mengamalkan ilmu tersebut
2- banyak melakukan maksiat
3-belajar tak ikhlas

Imam Waqie’ pernah berpesan kepada anak muridnya iaitu Imam As-syafei :

“sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat “

Lantaran itu, kita mesti berusaha ke arah ‘sifar maksiat ‘ , jika mustahil sekurang-kurangnya kita dapat ‘meminimizekan’ kadar atau kuantitinya dari hari kehari. Saya suka untuk berkongsi kehebatan sifat Allah Maha Pengampun kerana sifat tersebut memberi peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Justeru, selagi diberi nyawa dan kehidupan, maka tiada alasan untuk kita tidak berubah.

Sebenarnya, belajar dan mengajar telah pun kita (praktik) dalam kehidupan kita samaada secara lansung ataupun tidak, dan secara sedar atau diluar sedar. Kalau tidak menjadi guru di sekolah, paling tidak, kita menjadi guru kepada anak-anak , adik-adik kita. Maka, belajar apatah lagi!. Zaman sekarang hampir mustahil orang tak berpeluang untuk belajar khususnya di Malaysia dan kecil bilangannya. Tapi yang sengaja tak nak belajar itulah yang kita bimbangi. ‘ Sangat ramai ‘

Salah faham.
Saya rasa kita semua faham. Cuma adakalanya kita hilang faham disebabkan sengaja buat-buat tak faham. Maksud saya , konsep belajar dan mengajar. 2 perkara yang sangat-sangat sinonim dalam kehidupan ummat manusia iaitu dikaitkan dengan ilmu. Maka orang yang ingin belajar dan mengajar dia perlu mendapatkan ilmu dan menyampaikan ilmu. Menuntut ilmu (belajar) haruslah berterusan. Konsep

Daripada buaian hingga ke liang lahad

Harus diterapkan dalam minda kita iaitu menuntut ilmu tanpa batas masa dan usia. Sebenarnya, tulisan saya lebih kepada untuk berkongsi pengalaman peribadi. Namun saya suka untuk berkongsi peringatan agar ianya jadi lebih bermanfaat. InsyaAllah.

Saya berharap sangat, dapat menikmati zaman belajar dikala ini tanpa terikat dengan tanggungjawab bekerja. Namun, hampir sukar untuk dilaksana. Begitulah cabarannya. Justeru natijah dari coretan saya ini kita dapat simpulkan, masa muda, masa belum banyak tanggungjawab hendaklah digunakan untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Bak orang kata ‘ biar jadi ‘alim ‘

Untuk akhirnya, belajar dan ajarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. InsyaAllah, ilmu itu akan berkembang dan bertambah jika kita bertanggungjawab atas dua perkara yang saya telah sebutkan tadi iaitu belajar dan mengajar.

Sunday, 4 March 2012

SEJARAH BERMULANYA KEJATUHAN KHALIFAH TURKI OTHMANIAH


Kita seringkali di hidangkan dengan peristiwa Perang Dunia Pertama sebagai punca kejatuhan  Empayar Kerajaan Islam Turki Othmaniah. Bagaimana  pembelot yang ditawarkan habuan oleh kuasa luar sanggup menjatuhkan kerajaan sendiri, yang kemudiannya membawa runtuhnya institusi Khilafah dan Daulah Islamiah.

Namun adakah kita sedar yang kemerosotan nilai-nilai Islam dalam Pemerintahan Islam pada  zaman itulah yang menyebabkan  dan melemahkan Kerajaan Islam lalu dengan  mudah ditumpaskan? Dibawah ini ada sedikit ulasan bagaimana runtuhnya nilai-nilai Islam dalam pentadbiran diakhir zaman kegemilangan Empayar Islam Turki Othmaniah.

Permodenan sistem pentadbiran dan perniagaan yang antaranya pemansuhan matawang Dinar dan Dirham digantikan dengan wang kertas adalah kunci utama kepincangan kerajaan Islam pada waktu itu.

Ketamakan dan terlalu mengejar glamor ingin bersaing dengan negara kaya Eropah ketika itu sehingga cuba meniru hampir kesemua sistem eropah termasuk sistem pentadbiran, kewangan(Bank, Bond, Saham) akhirnya menjerat leher sendiri.

Ikuti kisah diari  Sultan Abdul Hamid yang menceritakan hal sebenar yang terjadi kepada kerajaan tapuk pimpinannya. Sejarah yang patut kita beritahu kepada umat Islam terutamanya generasi muda.

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid( 1876 – 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi  yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker  – banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British. Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :
“Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Tamat preview dari Diari Sultan Abdul Hamid

Dominasi dan Kekayaan serta pengaruh Hartawan Elit Yahudi-Eropah (ie Rothschilds) yang memegang sistem perbankan di England telah menyebabkan Negara England sendiri berada dibawah genggamannya. Mengheret Kerajaan Islam dalam kancah kehancuran. Lebih seribu tahun mereka ini bermaharajalela di Eropah sebelum berhijrah untuk mencari mangsa baru iaitu Amerika. Kini sudah lebih 100 tahun mereka disana dan rakyat Amerika sendiri sikit demi sedikit mula sedar akan  sistem yang dibawah oleh golongan Elit ini apabila bahang kesan buruknya semakin dirasai.

Amerika yang menjadi nadi ekonomi dunia kini dibelenggu hutang negara paling banyak dalam sejarah tamadun manusia. Jumlah hutang kerajaan Amerika ketika ini melebihi 14.7 Trilion Dollar bersamaan RM 42.6 Trillion Ringgit (RM 42,600,000,000,000). Rakyat Amerika kini sedar yang kerajaan mereka sudah tidak lagi mampu untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Dengan kata lain Kerajaan Amerika sudah pun bankrupt / muflis secara tak rasmi. Pakar ekonomi meramalkan yang kerajaan akan mencetak duit lebih banyak sebagai usaha untuk mendapatkan lebih ‘income’ daripada rakyat. Namun aktiviti Mencetak duit (quantitative easing) ini hanya memburukkan lagi keadaan, perkara yang sama terjadi pada tamadun-tamadun manusia terdahulu, Empayar ROM, malah Kerajaan Islam Turkey Othmaniah juga melakukan perkara yang sama, Zimbabwe, dan terbaru yang menjadi mangsa ialah Greece. Amerika adalah negara seterusnya, jika bukan golongan Elite ini menangguhkan kejatuhan Amerika, sudah tentu 2008 yang lalu adalah tahunnya. Namun golongan Elite ini tidak membenarkan Amerika tumbang selagi misi utama mereka belum terlaksana.

Berbalik kepada Zaman Kerajaan Islam Turki cuma menyerap sistem pemodenan pada awal tahun 1800an, Syarikat Bank dari eropah dibenarkan beroperasi di Turki(Constantinople), Sistem kewangan Bond dan Saham semuanya dirombak untuk mengikut sistem di eropah, Duit Kertas (Kaima) turut diperkenalkan menggantikan Dinar dan Dirham.

Dari segi pentadbiran, Sistem Khilafah digantikan dengan sistem Demokrasi, Wazir besar digantikan dengan Perdana Menteri, Tentera Jihad mula diberikan sistem Tentera Bergaji dan banyak lagi.

Pertukaran dan permodenan yang dibuat oleh kerajaan Islam Turkey pada pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) adalah titik tolaknya kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Othmaniah pada tahun 1924.

Pemerintahan Sultan Mahmud II tidak dapat menyedari bahawa pengaruh pemodenan Eropah(Judeo-Christian Alliance) yang mengawal ekonomi Eropah sebagai Kuasa Yakjut & Makjud yang kemudiannya dikenal pasti oleh Sarjana Islam terkenal pasa masa itu iaitu Said Nursi Badiuzzaman.

Tidak kah kita terfikir akan kepincangan Sistem Demokrasi dan Kewangan yang dibawa oleh Barat ini?
Model Sistem Khilafah zaman kegemilangan Islam adalah Model Kerajaan terbaik. Jika Kerajaan Islam pada zaman itu menolak Sistem Moden Barat ini nescaya Kerajaan Islam akan terus unggul sebagai Model Kerajaan terbaik yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

Saturday, 3 March 2012

JANGAN BIARKAN POLITIK DAHULUI AQIDAH PERJUANGAN


Perjuangan Islam merupakan satu sunnah yang sewajibnya diteruskan oleh generasi kini sebagaimana yang telah diwarisi oleh Baginda Rasulullah SAW, para sahabat dan seterusnya ummat yang terdahulu. Perjuangan Islam adalah dilandaskan kepada Aqidah yang benar dan jelas, bersumberkan kepada Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan. Ia dihiasai dengan Jihad dan Pengorbanan yang menjadi kekuatan kepada Perjuang Islam itu sendiri. Inilah antara asas dan konsep yang perlu difahami dan dihayati oleh semua Pejuang Islam.

Walaupun asas perjuangan Islam itu tetap, namun method dan kaedah kepada perjuangan itu adalah bersifat anjal dan berubah, sesuai mengikut zaman dan keadaan semasa. Method inilah juga yang seharusnya difahami oleh para pejuang Islam agar setiap tindakan dan strategi dalam perjuangan Islam itu tepat dan mencapai matlamatnya. Di Malaysia kini, antara method dan wasilah dalam memperjuangkan Islam itu adalah melalui medan politik demokrasi, iaitu keterlibatan dalam sistem pilihanraya. Alhamdulillah, PAS, sebuah gerakan Islam, telah mengambil satu ijtihad yang baik dengan menyertai pilihanraya bagi mendapatkan kuasa untuk melaksanakan amanah pemerintahan di bumi ini mengikut acuan Islam.

Sehingga kini, PAS telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi dalam gelanggang politik ini bagi mencapai hasrat murni memartabatkan sistem pemerintahan Islam di negara ini. Hakikatnya, dalam usaha ke arah mencapai hasrat dan matlamat ini, PAS terpaksa mengambil pendekatan untuk menyertai arena politik demokrasi, bagi memastikan maslahat Islam dan ummat yang lebih besar dapat diraikan kelak. Tidak dapat dinafikan, apabila bergelumbang dalam arena politik demokrasi ciptaan barat ini, PAS perlulah berfikiran lebih terbuka dan meraikan banyak pihak. Namun bagitu PAS dilihat tidak menggadaikan asas Perjuangan Islam dan tetap komited dengan agenda Islam mereka.

Namun di sana, pasti akan ada kelompongan dan kelemahan apabila bergelumang dalam medan politik demokrasi ini. Tidak dapat dinafikan, bukan semua mereka yang terlibat dalam menggerakkan agenda politik PAS benar-benar memahami dan menghayati akan konsep sebenar politik dalam Islam. Harus diingat mereka yang begitu bersemangat menggerakkan agenda politik PAS ini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang, yang mana khidmat dan peranan mereka ini adalah amat besar kepada keberkesanan penyertaan PAS dalam politik Malaysia.

Penulis melihat, sudah mula merebak di dalam PAS simptom-simptom penyakit politik yang mampu membentuk satu barah yang kronik yang akhirnya mampu menjatuhkan PAS jika tidak diubati dan dikawal dengan sebaiknya. Apa yang penulis maksudkan di sini ialah sudah ada di kalangan pemimpin mahupun ahli PAS yang sudah mula menjauhkan diri dengan Aqidah Perjuangan yang sebenar apabila mereka mula larut dalam gelanggang politik demokrasi ciptaan barat ini. Mereka sudah lupa bahawa politik demokrasi ini hanyalah semata-mata wasilah yang dipilih oleh PAS dalam melaksanakan amanah Perjuangan Islam.

Ramai di kalangan orang PAS sudah mula memandang politik ini sebagaimana pandangan golongan sekular, yang menganggap ianya merupakan salah satu cara untuk mengaut kemewahan, kuasa dan penghormatan daripada manusia. Sebab itulah kini sudah merebak penyakit-penyakit orang UMNO di dalam PAS. Tidak perlulah penulis menyebutkan apakah penyakit-penyakit tersebut, cukup sekadar penulis menyatakan bahawa penyakit-penyakit itu sudah mula merebak ke dalam PAS secara perlahan-lahan. Dan sebab itulah ramai yang melihat PAS hanyalah sebagai sebuah parti politik sebagaimana parti-parti yang lain, bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam, yang memperjuangkan Dakwah, Tarbiyah dan Siasah secara selari.

Justeru bukanlah sesuatu yang pelik kini jika ada di kalangan ahli PAS yang begitu bersemangat dengan gerak kerja politik, namun tersungkur dan tewas apabila diajak ke program dakwah dan tarbiyah. Ya, politik itu terkandung di dalamnya elemen dakwah dan tarbiyah, namun jika nilai dan konsep yang diamalkan itu adalah politik demokrasi ciptaan barat, bukannya politik sebagaimana yang dianjurkan Islam, maka tidak salahlah jika masyarakat mula menganggap PAS adalah sebuah parti politik semata-mata sebagaimana parti-parti lain. Tidak salahlah juga jika masyarakat mengaanggap orang PAS ini adalah orang politik semata-mata, bukan lagi ‘orang dakwah dan tarbiyah’.

Justeru, penulis ingin menyeru kepada semua penggerak PAS, sama ada pimpinan mahupun ahli biasa untuk kita kembali menghayati dan memahami konsep perjuang Islam yang sebenar. Fahamlah apa itu Aqidah Perjuangan, apa itu Politik Islam, apa itu jihad pengorbanan, apa itu mehnah dan ujian. Ingatlah, di saat kita diberikan amanah mentadbir beberapa negeri, janganlah kita dibuai leka dan lalai, sehingga kita berasa begitu selesa dan yakin dengan semua tindakan kita. Hakikatnya, di saat inilah, musuh-musuh mudah untuk mencari peluang dan ruang untuk menjatuhkan kita.

Penulis ingin sekali tegaskan, PAS adalah sebuah Jemaah Islam, hadirnya adalah untuk memperjuangkan Islam melalui tarbiyah, dakwah dan siasah. Maka pandulah kereta ‘PAS’ ini sebagai sebuah Jemaah Islam, bukan sebagai parti politik semata-mata. Jika ditakdirkan suatu masa politik itu tidak wujud, maka pada waktu itu PAS tetap akan wujud dan hidup, kerana di sana masih ada Dakwah dan Tarbiyah, yang merupakan dua tonggak utama yang hadir sebelum politik. Inilah yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW, tugas awal Baginda adalah Dakwah dan Tarbiyah. Selepas dua elemen ini mampu dihayati dan difahami oleh para sahabat Baginda, maka barulah Rasulullah SAW menyambungkannya dengan elemen Siasah, namun dalam keadaan dakwah dan tarbiyah itu tetap menjadi tonggak kepada politik itu sendiri.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan keresahan penulis melihat perkembangan PAS kini. Jika perkongsian ini ada manfaat dan benarnya, ambillah peringatan dan pengajaran daripadanya. Jika perkongsian ini bukanlah menggambarkan realiti yang sebenar, maka penulis ingin memohon maaf atas pandangan yang lemah ini. Berlapang dadalah. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan agenda Perjuang Islam yang menjadi amanah kita semua di muka bumi ini. Siru ‘Ala Barakatillah.