"Biarlah apayang akan terjadi kepada kita, biarlah kita menghadap Allah SWT dengan hati yang suci dan dengan mengatakan aku berjuang untuk-Mu".
Pada waktu sayidina Abu bakar dijadikan khalifah, baginda berkata; “wahai manusia! Telah dijadikan aku ketua, khalifah bagi kamu. Tetapi aku tidaklah orang yang paling baik dikalangan kamu”.
Pada hari ini dipilih oleh ahli. Itu tidak bermakna bahawa kita yang paling baik di antara mereka, tetapi ini adalah satu nikmat yang diberikan oleh tuhan kepada kita yang mesti kita syukuri. Ini adalah satu kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh ahli kepada kita yang mesti kita pikul dan kita tunaikan kewajipan-kewajipannya.
Jika dilihat pada al-Quran, maka dia berkata, ertinya: “ mereka yang menolong Allah itu ialah mereka yang apabila menangkan mereka dibumi Allah, maka didirikan mereka akan sembahyang, akan agama Allah dan diberi mereka akan zakat, akan khidmat masyarakat dan mencegah mereka daripada kejahatan”. Tidak payah kita mengkaji masalah-masalah yang cukup dalam, cukup hanya empat peranan yang diberikan oleh tuhan kepada kita untuk kita amalkan sebagai seorang yang mendapat kepercayaan daripada ahli.
Jadikan kewajipan yang diamanahkan ini untuk mengkaji pengajaran Islam supaya dapat kita pikul kewajipan orang yang tahu apa yang diajarkan oleh Islam. Jangan ada seorang pun takbur, yang merasakan dirinya sudah pandai bahawa dirinya sudah tahu apa itu pengajaran Islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar ole sesiapa kerana sudah menjadi pimpinan. Pimpinan perlu mendekatkan diri al-Quran dan buku-buku Islam, dengan hadis-hadis, dengan sejarah Islam supaya kita sentiasa ingat kepada tuhan.
Hadapilah masalah di depan pada masa yang mendatang dengan kesungguhan. Berjuang dengan kesungguhan, bekerja dengan kesungguhan, bertugas dengan kesungguhan, berfikir dengan kesungguhan. Inilah peluang dan gunalah untuk kepentingan agama.
No comments:
Post a Comment